3 Resepi Omelette Simple (Mudah & Sedap Macam Hotel)

Omelette atau juga disebut sebagai telur dadar ini boleh dimakan tidak kira masa dan waktu. Tapi, paling panjang beratur ialah ketika waktu sarapan pagi di hotel. Semua orang nak makan omelette panas-panas. Kini, tak perlu check-in hotel pun. Waktu pagi kalau anda nak cepat, boleh lah cuba resepi omelette ini. Confirm kenyang.

Izinkan kami berkongsi beberapa resepi omelette untuk anda.

1. Resepi Omelette Chessy Chives

Bahan-bahan

  • Telur
  • Cheesedale keping ( any Cheddar cheese will do)
  • Daun kuchai

Cara buat omelette cheese

  1. Semua bahan disatukan bersama.
  2. Goreng seperti telur dadar.
  3. Masukkan cheesedale, masak sampai telur kekuningan dan angkat.

Sumber: Danita Daniels dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bread Omelette Chicken Ham

Bahan-bahan

  • Roti
  • Chicken ham
  • Daun ketumbar
  • Cili hijau
  • Capcicum yellow
  • Bawang merah
  • Telur
  • Cheese
  • Mayonnise
  • Serbuk Kari
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk knorr

 

Cara buat omelette chicken ham

  1. Gaul sebati kesemua bahan.
  2. Masak seketik chicken ham.
  3. Masak telur dan bahan-bahan lain serta cheese.
  4. Letak sekali chicken ham diatas telur dadar.
  5. Sapu butter, letak mayonnise dan letakkan roti atas permukaan, masak sehingga garing dan angkat.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Potato Omelette

Bahan-bahan

  • Minyak masak (kalau france guna olive oil)
  • Bawang besar (kalau di France mereka pakai bawang Holland)
  • Kentang
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Telur

 

Cara buat potato omelette

  1. Bawang potong dadu secara halus, selepas itu goreng samoai layu, angkat dan tos.
  2. Potong kentang secara nipis, goreng sampai empuk, angkat dan tos.
  3. Masukkan kedalam mangkuk kedua-dua bahan yang dah digoreng tadi, masukkan telur, letak garam dan serbuk lada putih dan gaul.
  4. Apabila kuali dah panas letak edikit minyak dan gorengseperti nak buat lempeng. Api kecik sahaja sebab nak bagi telur dalam masak. Sewaktu nak balik kan, ambil piring leper, basahkan sikit piring itu, balik kan dan letak balik dalam kuali.
  5. Boleh dimakan bersama mayonis dan sos cili.

Sumber: Rohayati Mujari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Senang bukan resepi omelette ini?.

Kalau suka makan telur, boleh cuba telur bungkus, telur masak kicap dan juga telur separuh masak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment