5 Resepi Telur Separuh Masak (Guna Air Fryer Pun Boleh)

Telur separa masak nampak senang, tapi jika salah teknik merebus memang tak jadi seperti yang kita inginkan. Tidak mengapa, kami akan bantu dengan resepi telur separuh masak yang sempurna.

Jom kita try!.

1. Resepi Telur Separuh Masak

Bahan-bahan

  • Telur
  • Air

Cara buat Telur Separuh Masak

  1. Rebus air sampai mendidih.
  2. Dah mendidih tutup api.
  3. Letak telur dan tutup periuk.
  4. Cukup 5 minit angkat.

Sumber: Paridah Abd Ghani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Telur Goyang

Bahan-bahan

  • Telur
  • Air

Cara buat Telur Goyang

  1. Didihkan air dan tutup api.
  2. Masukkan telur, tutup periuk guna penutup.
  3. Set 4 minit.
  4. Kalau telur dalam peti ais 5 mnt.
  5. Siap.
  6. Untuk telur ¾ : 6 minit.

Sumber: Che Wan Roshida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Telur Separuh Masak (Air Fryer)

Bahan-bahan

  • Telur
  • Air

Cara buat Telur Separuh Masak (Air Fryer)

  1. Basuh telur, letak dalam air fryer.
  2. Set suhu 100°c,masa 10 minit.
  3. Siap! boleh makan.

Sumber: Nur Rabiatul Adawiyah dari Resepi Air Fryer (Malaysia)

 

4. Resepi Telur Separuh Masak

Bahan-bahan

  • Telur
  • Air

Cara buat Telur Separuh Masak (Air Fryer)

  1. Basuh telur.
  2. Basah2 tu masuk  dalam air fryer.
  3.  Suhu 180c 5minit.
  4. Pecahkan dan amik kicap dan lada sulah.

Sumber: Roslina Zi dari Resepi Air Fryer (Malaysia)

 

5. Resepi Telur Separuh Masak

Untuk tiada bekas telur separuh masak

Bahan-bahan

  • Telur
  • Air

Cara buat Telur Separuh Masak

  1. Air menggelegak betul-2 mendidih, tutup api.
  2.  Masukkan telur.
  3. Tutup periuk/pot.
  4. Set timer 5 min 30 saat.
  5. Angkat.
    *air dalam periuk sehingga menutupi telur
    *telur suhu bilik (bukan dari peti sejuk yang baru keluar)

Sumber: Izrin Hairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika anda ikut teknik yang betul, memang menjadi resepi ini, tapi nak lagi mudah pakai sahaja air fryer.

Nak mudah, beli sahaja ‘benda’ warna kuning yang banyak jual di kedai-kedai, yang khusus digunakan untuk masak.

Kalau ada telur lebih dan malas nak masak berat-berat, boleh cuba telur masak kicap ikan bilis ataupun telur dadar sahaja.

Kalau rasa rajin dan bersemangat nak cuba resepi yang sedikit complicated, jemput cuba masak telur bungkus dan resepi telur bistik.

Selamat mencuba!

Leave a Comment