4 Resepi Telur Dadar (Sedap, Buat Gebu atau Rangup)

Resepi kali ini adalah resepi paling mudah kami nak kongsikan untuk anda. Kalau anda hanya ada telur sahaja di dapur, resepi telur dadar ini untuk anda. Tak susah macam telur masak kicap dan telur bistik pun. Banyak variasi resepi telur dadar yang menarik paling penting kenyang.

Jom kita try!

1. Resepi Telur Dadar Rangup

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1 sudu tepung jagung / tepung gandum
  • Sos ikan

Cara buat Telur Dadar Rangup

  1. Pukul telur hingga sebati.
  2. Bancuhkan tepung jagung / gandum.
  3. Kemudian bancuhan tadi gaul bersama sos ikan dengan telur tadi.
  4. Pastikan minyak betul-betul  panas & guna periuk yang sedikit dalam, tuang telur tinggi.
  5. Biarkan kejap sampai bawah die jadi betul-betul brown kaler then terbalikkan.

Sumber: Nor Ain Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Telur Bistik

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 1/2 biji bwg holland (dihiris)
  • 3 ulas bwg putih (dicincang)
  • 1 biji cili merah besar (dihiris)
  • 5 biji cili api (belah tengah)
  • 2 sb cili kisar
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb sos tomato
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan (jika ada)
  • 5 biji tomato ceri
  • Isi ayam
  • Sayuran
  • 1/2 cwn air
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto

Cara buat Telur Bistik

  1. Gorengkan telur dadar. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang holland dan cili api sehingga keperangan.
  3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Tumis sehingga ayam masak.
  5. Tuangkan sos cili,sos tomato dan sos tiram. Kacau rata. Masukan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.
  6. Masukkan tomato ceri dan sayuran.
  7. Perasakan dengan garam, gula, ajinamoto dan sos ikan.
  8. Masak sehingga kuah agak pekat.
  9. Tuangkan kuah ke atas telur. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Noor Hasliana Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Telur Dadar Ala Che Ta

Bahan-bahan

  • 2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung
  • Setengah inci halia dari sebiji halia
  • Tiga ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam

Cara buat Telur Dadar Ala Che Ta

  1. Tumbuk bahan bahan kering diatas (halia, bawang putih & lada hitam) sehingga lumat.
  2. Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
  3. Gorengkan tanpa minyak.
  4. Makan dengan nasi panas panas, lada hitam serbuk dan kicap lemak manis.

Sumber: Syu Azis dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kerabu Telur Dadar

Bahan-bahan

  • 4 biji telur (dadar sebiji & hiris)
  • 6 ulas bawang merah (hiris)
  • 3 batang serai (hiris)
  • 2 kuntum bunga kantan (hiris)
  • 5-6 biji cili api (hiris)
  • 1-2 biji limau nipis ( jus)
    (Boleh juga 5-6 biji limau kasturi)
  • 2-3 helai daun limau purut muda (hiris)
  • Garam/nampla
  • Gula (optional)

Cara buat Kerabu Telur Dadar

  1. Dadarkan telur nipis sebiji
    – Bubuh sedikit garam dalam telur dadar.
    – Bila kuali dah panas tuang balik minyak dalam kuali.
    – Dadarkan telur nipis dan  potong nipis
  2. Hiris nipis bahan yang lain.
  3. Perah separuh bilangan limau dahulu dalam bahan hirisan dan gaul.
  4. Perasakan dengan garam/nampla. Kalau suka manis sedikit boleh masukkan sedikit gula.
  5. Akhir sekali baru masukkan hirisan telur dadar (supaya tak hancur) dan perah sikit lagi limau nipis bagi sekata.
  6. Boleh bubuh juga hirisan tomato.

Nota

  • Kalau tak cukup masam atau pedas boleh tambah limau dan cili api.
  • Kalau serai kecil, tambah bilangan serai. Kerabu ini kalau serai sikit kurang sedap rasanya nanti dan kena hiris nipis.

Sumber: Ana Salwa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Walaupun mudah tapi cukup mengenyangkan. Bila kreatif semua pun jadi kan?

Jom semak juga resepi telur burung puyuh yang sedap dimasak sambal.

Tidak dilupakan, telur separuh masak dan juga telur bungkus.

Selamat mencuba!

Leave a Comment