4 Resepi Telur Burung Puyuh (Sedap & Mudah Nak Masak)

Telur puyuh mempunyai banyak khasiat, selain dari banyak khasiat telur burung puyuh juga sedap di masak dengan pelbagai cara masakan. Jangan pening kalau tak ada idea nak masak apa, di sini kami himpunkan koleksi resepi telur burung puyuh.

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Telur Puyuh

Bahan-bahan

  • 24 biji telur puyuh ~ rebus & kopek kulitnya (goreng dalam minyak)
  • 1 sudu kecil asam jawa extra
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar/tumbuk

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit belacan (optional)

Cara buat Sambal Telur Puyuh

  1. Telur digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar & masak hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan air asam jawa dan tambah garam & gula secukup rasa. Jika suka boleh masukkan serbuk perasa sikit.
  4. Masak hingga pekat. Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu
  5. . Rasa dan jika rasanya ok bolehlah padamkan api & hidangan.

Sumber: Ida Zairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Acar Rempah + Telur Burung Puyuh

Bahan-bahan

  • Timun
  • Karot
  • Lobak masin
  • Ikan bilis @ udang kering
  • Telur puyuh @ daging salai
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Gula
  • Pak aji
  • Kerisik
  • Rempah acar cap ibu
  • Rempah ratus 3 sekawan

Cara buat Acar Rempah + Telur Burung Puyuh

  1. Tumis rempah ratus kemudian masuk halia, bawang besar, bawang putih, rempah acar, ikan bilis @ udang kering dan kerisik. Tumis sehingga naik bau.
  2.  Masukkan timun, karot, cili merah, lobak masin, cili hijau, bawang besar ( potong 4).
  3. Jauh sampai rata masukkan gula, garam, pak aji, cuka dan gaul.
  4. Kemudian masukkan telur puyuh @ daging salai.
  5.  Gaul rata kemudian siap dihidang.

Sumber: Asniey Fazer dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Telur Puyuh Berlado

Bahan-bahan

  • Telur puyuh (rebus dan goreng letak tepi)
  • Ikan bilis (goreng letak tepi)

Bahan untuk blender kasar

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili hidup
  • Cili padi

Cara buat Telur Puyuh Berlado

  1.  Tumis bahan blender. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa
  2.  Da nampak naik minyak dan bertukar warna. Masukkan sos cili dan sos tiram.
  3. Masukkan telur puyuh dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Siap.

Sumber: Hazmi Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Telur Puyuh Berempah

Bahan-bahan

  • Telur Puyuh 40 biji
  • Kayu Manis 1 batang(kecil)
  • Bunga lawang 1 biji
  • Buah pelaga 2 biji
  • Bawang merah 3 ulas (dihiris atau tumbuk)
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris atau ditumbuk)
  • Halia (dihiris atau ditumbuk)
  • Serai 1 batang dikatok
  • Daun kari 2 tangkai
  • Rempah Kari daging 6 sudu besar
  • Air masak 1 cawan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, perasa Knorr@maggi@tumix

Cara buat Telur Puyuh Berempah

  1. Telur direbus dan dikopek kulitnya setelah masak.
  2. Bancuhkan rempah daging bersama air putih dan gaulkan sebati (ketepikan dulu).
  3. Panaskan minyak masak dan masukkan serai, daun kari, bawang putih, bawang merah, halia, kayu Manis, bunga cengkih, buah pelaga.
  4. (Setelah bahan atas sudah masak dan naik bau masukkan, rempah kari daging yang dah dibancuh dengan air tadi, dan masak sehingga pecah minyak (api perlahan ,dan kacau dgn senduk selalu agar rempah tidak hanggit dan masak dengan betul.Baru terbitnya pecah minyak)
  5. Kalau nak berkuah sedikit (masukkan sedikit air) masakan berempah hendaklah pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  7. Dan baru letak telur puyuh yang direbus dan dikopek kulitnya gaul sebati dan boleh dihidang dgn nasi panas atau roti.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga anda menyukai resepi yang kami kongsikan ini.

Jom baca resepi telur pindang dan telur ikan juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment