4 Resepi Telur Pindang Simple (Mudah & Ringkas, Style Johor)

Telur pindang sebenarnya merupakan makanan tradisi kaum Cina yang direbus dengan herba tertentu sehingga telur bertukar warna dan mengeluarkan bau herba. Bagi kaum Melayu pula, telur pindang merupakan menu wajib yang ada di kenduri kahwin terutamanya di Johor. Kali ini kami kongsikan dengan anda resepi telur pindang jika anda ingin mencuba sendiri di rumah.

Jom baca resepi yang kami sediakan ini.

1. Resepi Telur Pindang

Bahan-bahan

  • 1 papan telur dibasuh bersih dan ketepikan
  • 1 genggam cili kering biarkan panjang.
  • 5 batang serai termasuk tangkai yang panjang dipotong panjang-panjang
  • 10 biji bawang merah yang pekat warna kulitnya hiris tebal
  • 20 ulas bawang putih tumbuk kasar
  • 6 inci halia saiz besar potong kasar
  • 6 inci lengkuas saiz besar potong kasar
  • 1 senduk nasi ketumbar
  • 1 senduk nasi jintan putih
  • 1 senduk nasi jintan manis
  • 1 senduk nasi kicap pekat
  • 1 senduk nasi penuh garam kasar

Cara buat telur pindang

  1. Ambil periuk yang saiz besar boleh muat bahan bersama telur.
  2. Mula-mula susun semua bahan kecuali telur. Bila semua sudah dimasukkan barulah susun telur di atas bahan.
  3. Paling akhir isi air paras atas telur.
    Perlu diingatkan: Pasang api yang paling kecil dan biarkan dalam masa 2 jam baru tutup api. Setelah itu biarkan telur, jangan dikeluarkan dulu supaya rempah ratus meresap ke dalam telur.

Sumber: Cik Yah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Telur Pindang Tadisi Johor

Resepi untuk 30 biji telur pindang

Bahan-bahan

  • 1 cekak daun salam
  • 1 cekak Daun jambu batu
  • 1 cekak Daun senduduk (berbunga ungu)
  • 1 cekak Daun manggis
  • 1 cekak daun mengkudu
  • 5 tangkai daun serai wangi
  • 1 cekak daun bebuas
  • 6 btng serai
  • Sebuku lengkuas
  • 2 sudu besar Jintan kasar
  • 2 sudu besar Jintan halus
  • 2 sudu besar Ketumbar
  • Garam kasar sepeket kecil
  • Telur 30 biji
  •  Air

Cara buat Telur Pindang Tadisi Johor

  1. Telur dan segala jenis daun dibasuh bersih supaya telur yang pecah dalam periuk pun boleh dinikmati.
  2. Susun telur berselang-seli dengan segala adunan dedaun dan rempah. Masukkan air melebihi paras telur sampai telur tenggelam.
  3. Direneh semua sekali selama 3 HARI 3 MALAM.
  4. Nanti hari ke 4 baru kita keluarkan daripada periuk.
  5. Masak dalam api kecil.
  6. Pastikan cukup gas untuk memasaknya.

Sumber: Telur Pindang Tradisi Johor dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Telur Pindang Warisan Keluarga

Bahan-bahan

  • Telur Ayam
  •  Ketumbar
  • Jintan Kasar
  • Jintan Halus
  • Garam Kasar
  • Cuka
  • Daun Senduduk
  • Daun Salam
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Kulit Bawang.

Cara buat Telur Pindang Warisan Keluarga

  1. Asingkan semua daun dari batang.
  2. Campurkan bahan no 2,3,4 sehingga sebati dalam bekas yang sama( bahan A).
  3. Cincang halus bahan no 9, 10 dan 11 dan campurkan dalam bekas yang sama( bahan B).

Cara Susunan Untuk Merebus

  1. Letakkan daun senduduk di bahagian dasar periuk dan ratakan ke seluruh kawasan dasar periuk.
  2. Lakukan proses yang sama kepada daun salam.
  3. Tabur dan ratakan bahan A dalam periuk.
  4. Tabur dan ratakan bahan B dalam periuk.
  5. Tabur dan ratakan kulit bawang.
  6. Susun telur ayam secara teratur mengikut bentuk periuk.
  7. Ulangi langkah 1 hingga 7 sehingga lapisan terakhir.
  8. Isikan air ke dalam periuk sehingga ke paras telur.
  9. Setelah itu, taburkan garam kasar ( sekurang-kurangnya 6 beg mengikut jumlah telur).
  10. Masukkan setengah botol cuka yang telah dicampur dengan air ke dalam periuk tersebut.
  11.  Setelah itu, mulalah merebus.
    **** tempoh merebus 3 hari 2 malam****
    ****buka api seperti biasa. Apabila sudah mendidih kecilkan api hari terakhir**

Sumber: Siti Hajar Masran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Telur Pindang Asli Johor

Resepi Telur 20 ke 30 biji

Bahan-bahan

Bahan rempah

  • 3 sudu besar ketumbar
  • 3 sudu besar jintan halus
  • 3 sudu besar jintan Kasar
  • 6 sudu besar rempah kari
  • 1 cwn kicap pekat
  • 1 ketul halia – hiris dgn kulit2 sekali
  • 1 ketul lengkuas – hiris dgn kulit2 sekali
  • 1 labu bwg putih – peach ruasnya. Masuk dgn kulit2 jugak
  • 4 kpg asam keping
  • 4 sudu cuka
  • Garam secukup rasa (lebih masin dari biasa)

Bahan daun-daun

  • Daun jambu batu (wajib)
  • Kulit Bawang (wajib)
  • Daun pandan
  • Daun senduduk
  • 4 btg Serai dgn daun (Serai wangi lagi bagus)
  • Daun limau purut
  • Daun manggis

Cara buat Telur Pindang Asli Johor

  1. Basuh semua telur dan daun. Alas dasar periuk dengan daun dulu baru susun telur membulat ikut periuk, kalau periuk tinggi boleh buat berlapis.
  2. Janji setiap lapisan alas dengan daun dan bahan tadi (mengelakkan telur retak ketika proses merebus).
  3. Bancuh bahan rempah dalam mangkuk dulu kacau sebati baru tuangkan atas telur yang disusun tadi.
  4. Tutup semua bahagian atas telur dengan lebihan daun yang tinggsl. Tambah air hingga menutupi keseluruhan telur dan daun.
  5. Rebus dengan api perlahan selama 2@3 hari.
  6. *Kalau kurang air boleh tambah guna air panas. Sepanjang proses mereneh sila pastikan telur sentiasa ditengelami air .
  7. #Kalau ada telur yang retak keluarkan cepat. Kalau tak nanti makan telur pindang masin.
  8. Bila angkat telur jangan di basuh. Cuma pastikan jangan ada daun yang melekat. Biar betul kering dan sejuk baru bagi pelembap. Guna tisu dapur sapu@oles kulit telur dengan sedikit minyak masak untuk nampak glowing.

Sumber: Shamsiah Saleh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi telur pindang ini memberi sedikit manfaat untuk anda.

Kalau berminat, boleh cuba resepi nasi telur terengganu, iaitu salah satu sajian popular pada zaman dahulu.

Andai kata anda rasa tak berdaya nak masak hari ni, buat sahaja telur kicap.

Selamat mencuba!

Leave a Comment