4 Resepi Telur Masak Kicap Simple (Sedap, Confirm Tambah Nasi)

Resepi simple seperti telur masak kicap ini antara resepi yang nampak biasa, tetapi kalau dimakan memang bertambah nasi. Di sini kami kongsikan beberapa resepi telur masak kicap yang memang sedap. Nak buat pun mudah, bahan memang ada di dapur. Bukan sahaja resepi ini sesuai dengan orang bujang, orang yang dah berkahwin pun boleh masak.

Jom kita try!

1. Resepi Telur Masak Kicap Dengan Tauhu

Bahan-bahan

  • 8 biji telur (direbus dan buang kulit)
  • 1 ketul tauhu (dipotong 6)
  • 1 biji tomato (dipotong)
  • 2 sudu besar ikan bilis (dibersihkan)
  • 7 batang cili padi merah
  • 7 batang cili padi hijau
  • 1 sudu kecil perencah sup
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5-6 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 7 batang cili hijau*
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*

Cara buat telur masak kicap

  1. Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak. Masukkan telur dan masak sehingga telur garing.
  2. Gorengkan tauhu sehingga sedikit garing dan ketepikan.
  3. Goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak yang sama dan tumis bahan kisar sehingga kering.
  5. Masukkan cili padi hijau, merah dan tomato.
  6. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap manis, serbuk sup, serbuk perasa. serbuk kunyit dan gula. Gaul rata.
  7. Akhir sekali, masukkan telur, tauhu, ikan bilis dan masak seketika. Padamkan api.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Telur Masak Kicap Sedap

Bahan-bahan

  • 6 biji telur (goreng mata)
  • 2 sudu besar cili kering
  • 3 ulas bawang kecil*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan*
  • Sedikit air asam
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit halia (hiris nipis)
  • 1 biji pati ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Daun kari
  • Daun bawang
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar (hiasan)

Cara buat telur masak kicap

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Tumis halia dengan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, sos cili, kicap manis, kiub pati ayam, gula dan garam.
  4. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Masukkan telur, bawang besar, daun kari, daun bawang, cili padi dan cili merah.
  6. Masak seketika dan tutup api.

Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Telur Masak Kicap Mudah

Bahan-bahan

  • Telur (digoreng)
  • Bawang merah besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Cili besar merah (dihiris)
  • Cili api (dihiris)
  • Kicap manis
  • Sedikit garam
  • Minyak masak

Cara buat telur masak kicap

  1. Panaskan minyak dan goreng telur. Ketepikan.
  2. Tumis bahan hiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap manis dan kacau. Tambahkan air dan garam. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan telur ayam yang sudah digoreng dan siap untuk dihidang.

Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Telur Masak Kicap Simple

Bahan-bahan

  • 6 biji telur (goreng mata kerbau)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 6 biji cili api merah & hijau (dihiris)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 cawan air
  • Garam/gula/perasa

Cara buat telur masak kicap

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Tuangkan kicap, sos tiram dan sos cili.
  3. Tambahkan air, garam, gula, perasa, lada sulah dan cili api. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan telur mata kerbau yang telah digoreng.
  5. Masak sehingga pekat dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Hidayah Radzi dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sedap betul kan resepi telur masak kicap kat atas? Bolehlah anda pilih resepi mana satu yang berkenan dan cuba pula.

Nak lagi sedap, boleh goreng telor dahulu garing-garing. Boleh juga tambah kentang dan ikan bilis. Tambah cili untuk lebih pedas.

Kami juga ada kongsikan resepi omelette dan resepi telur bistik untuk anda cuba juga.

Leave a Comment