4 Resepi Agar-agar (Pelbagai Resepi, Semuanya Sedap)

Antara pencuci mulut yang senang nak buat dan memang laku di kenduri ialah agar-agar. Nak buat senang, dengan bahan yang sedikit sahaja pun dah boleh buat. Selain itu, rasa agar-agar ini pun sedap. Boleh buat mengikut pilihan selera anda juga. Jom tengok beberapa resepi agar-agar yang kami kongsikan ini.

1. Resepi Agar-agar Lumut Pandan

Bahan-bahan

  • 12g serbuk agar-agar/agar-agar tali
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna hijau

Cara buat agar-agar

  1. Satukan air, gula, agar-agar dan air pandan. Masak sehingga gula dan agar-agar hancur.
  2. Di dalam bekas lain, masukkan telur dan santan. Kacau sebati.
  3. Masukkan adunan telur dan santan ke dalam periuk agar-agar.
  4. Kacau sehingga menggelegak dan tutupkan api.
  5. Tunggu acuan sejuk sedikit baru masukkan dalam peti sejuk. Setelah agar-agar keras boleh dipotong dan dihidang.

Sumber: Norhazalin Rasib dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Agar-agar Lumut Gula Merah

Bahan-bahan

  • 18g agar-agar tali
  • 1250ml air
  • 1 sudu esen vanila
  • 1 biji telur
  • 2 sudu gula putih
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan gula merah

Cara buat agar-agar

  1. Didihkan air dan masukkan agar-agar tali. Masak sehingga hancur.
  2. Masukkan gula merah, gula putih dan esen vanila.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Dalam bekas lain satukan santan telur. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam periuk.
  5. Masak dalam 5 minit dengan api perlahan.
  6. Kuatkan api sehingga adunan berbuih dan terus tutup api.
  7. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Agar-agar Santan Pandan

Bahan-bahan

  • 28g agar-agar tali (dicuci)
  • 2 cawan air
  • 20-30 helai daun pandan (cuci dan potong)
  • 3 biji telur
  • Santan pekat RM3
  • 4 senduk nasi gula pasir

Cara buat agar-agar

  1. Kisar daun pandan dan tapis. Buat sehingga daun pandan habis.
  2. Untuk kisaran terakhir, masukkan telur.
  3. Tapis lagi dan masukkan santan.
  4. Masak agar-agar dan air.
  5. Apabila agar-agar dah cair, masukkan gula dan letakkan air daun pandan dan santan.
  6. Apabila sudah mendidih, tutup api dan ambil yang hijau dahulu baru putih, tuang ke dalam loyang.
  7. Sejukkan dan boleh dipotong.

Sumber: Rozita Daud dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Agar-agar Permata

Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar tali 25g
  • 6 cawan air
  • 6 sudu gula besar
  • 1/2 tin susu cair
  • Pewarna merah, hijau, kuning

Cara buat agar-agar

  1. Satukan air, gula dan agar-agar. Larutkan di atas api sederhana sehingga betul-betul larut.
  2. Tutup api.
  3. Ambil 3 senduk agar-agar tadi dan masukkan ke dalam bekas berasingan.
  4. Letak pewarna bagi setiap bekas dan sejukkan bawah kipas.
  5. Baki agar-agar tersebut dipanaskan dalam api sederhana. Masukkan susu cair.
  6. Tuang agar-agar susu ke dalam loyang.
  7. Potong dadu agar-agar yang berwarna.
  8. Masukkan agar-agar berwarna ke dalam agar-agar susu.
  9. Biarkan sejuk bawah kipas, kemudian masukkan ke dalam peti.
  10. Setelah sejuk boleh dipotong dan dihidang.

Sumber: Nurul Amalina Anati Abdullah dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi agar-agar dari kami. Mudah sahaja kan sebenarnya, selepas ini boleh buat selalu. Boleh makan sambil tengok tv. Layan juga kan.

Selain agar-agar, kami juga ada kongsikan resepi agar-agar kering tradisional. Jemput tengok.

Selamat mencuba!

Leave a Comment