4 Resepi Nona Manis (Guna Sukatan Cawan)


Sekarang memang susah nak jumpa orang jual kuih nona manis. Kalau ada pun, payah pula nak jumpa yang sedap. Tapi kalau dah beli tu kena redha lah dengan rasanya. Nak puas hati kena buat sendiri. Resepi nona manis yang kami kongsikan ini memang semuanya sedap dan berlemak.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Nona Manis

Bahan-bahan A

  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan

Bahan bahagian luar

  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cubit garam
  • Pewarna hijau

Bahan-bahan inti

  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam

Cara buat nona manis

  1. Untuk bahan A, pukul telur sehingga kembang.
  2. Dalam bekas berasingan satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacau rata.
  3. Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sebati.
  4. Untuk bahagian luar, ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Tapiskan.
  5. Campurkan air pandan tadi bersama gula, santan, tepung jagung, garam dan pewarna.
  6. Kacau sehingga tepung tidak berketul.
  7. Masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
  8. Satukan adunan bahan A dan campuran ini.
  9. Untuk inti, satukan kesemua bahan inti dan masak sehingga likat.
  10. Apabila sudah masak, biarkan suam dan masukkan ke dalam piping bag.
  11. Sediakan pengukus dan kukus sehingga periuk panas.
  12. Tuangkan adunan luar sehingga memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
  13. Pipingkan adunan inti ke tengah acuan.
  14. Kukus selama 7 minit. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air menitik.

Sumber: Norashikin Abd Malek dari Resepi Kuih Dan Masakan

 

2. Resepi Nona Manis Bandung

Bahan-bahan A

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji telur gred A

Bahan-bahan B

  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan krimer bandung
  • 1/2 cawan santan
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1 cubit garam
  • 2 titik perwarna pink

Bahan-bahan C

  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 cubit garam

Cara buat nona manis

  1. Untuk bahan A, pukul telur hingga kembang.
  2. Masukkan ke dalam pengisar bersama santan, gula dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Untuk bahan B, satukan semua bahan dan kacau rata menggunakan whisk.
  4. Masak atas api perlahan sambil kacau sehingga agak pekat. Biarkan suam.
  5. Tuang bahan A tadi ke dalam periuk berisi bahan B dan kacau sebati.
  6. Tuang kembali ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam jag kecil atau botol sos bermuncung.
  8. Untuk bahan C, campurkan semua bahan.
  9. Kacau rata dan tapis.
  10. Masak atas api perlahan sehingga mendidih dan agak likat sedikit.
  11. Tutup api dan terus tuang adunan ke dalam botol sos kecil.
  12. Sapu acuan kuih lompang dengan minyak. Tuangkan adunan bandung sehingga 3/4 acuan.
  13. Picitkan adunan putih di tengah acuan.
  14. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukus kuih selama 10 minit.
  15. Tunggu kuih sejuk, cungkil kuih menggunakan lidi untuk keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nisa Cheeszif HQ dari Resepi Masakan Kampung

 

3. Resepi Nona Manis Pandan

Bahan-bahan A

  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula

Bahan-bahan B

  • 1 cawan air pandan + santan
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • Pewarna hijau

Bahan-bahan santan

  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam

Cara buat nona manis

  1. Untuk bahan A, masukkan semua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
  2. Di dalam periuk lain, campurkan semua bahan B dan masak sehingga agak likat dan tutup api.
  3. Campurkan bahan A dan B. Kacau rata.
  4. Campurkan semua bahan santan dan kacau rata di dalam kuali sehingga pekat.
  5. Sejukkan dan tuang ke tengah adunan warna hijau.
  6. Kukus selama 10 minit.

Sumber: Wo-aini Crafter dari Group Loyang & Acuan

 

4. Resepi Nona Manis Pandan

Bahan-bahan A

  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum

Bahan-bahan B

  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau

Bahan-bahan C

  • 1 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara buat nona manis

  1. Masukkan semua bahan A dalam satu bekas dan kacau sebati sehingga larut. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau sebati. Buka api sederhana dan kacau sehingga mendidih sedikit. Terus tutup api.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau sebati. Jika pekat, tambahkan santan.
  4. Masak bahan C di atas api sehingga larut dan likat. Angkat dan sejukkan dalam 5 minit.
  5. Tuang ke dalam botol bermuncung.
  6. Sapu acuan dengan minyak. Tuang adunan hijau ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh.
  7. Paipkan adunan bahan C di tengah adunan hijau.
  8. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.

Sumber: Azurun Zulkefli dari Resepi Kuih Muih

 

Akhir kata

Sekarang anda sudah tahu resepi nona manis, jangan lupa cuba pula tau. Kalau dah pandai boleh menjual pula!

Kami juga ada kongsikan resepi tepung talam bagi peminat kuih tradisonal.

Selamat mencuba!

Leave a Comment