3 Resepi Tepung Talam (Perasa Gula Merah, Ubi Kayu & Pandan)

Minum petang kalau dapat makan tepung talam bersama secawan kopi memang menyelerakan. Tepung talam ini mempunyai pelbagai resepi yang anda boleh cuba sendiri dirumah. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah untuk dicari. Disini kami kongsikan beberapa resepi tepung talam untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Tepung Talam Gula Merah

Sukatan cawan

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan gula merah
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • Sedikit air kapur

Lapisan atas

  • 3 cawan santan
  • 2 cawan tepung beras
  • Secubit garam

Cara buat talam gula merah

Lapisan atas

  1. Masak air dan gula, dah sejuk campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Kukus selama 10 minit angkat dan sejukkan sekejap.

Lapisan bawah

  1. Campurkan kesemua bahan dan kukus lapisan atas selama 10 minit.

Sumber: Sanuja Nuja dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Tepung Talam Hijau Pandan

Bahan-bahan

Lapisan bawah (hijau)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air(masak dngn gula di atas larutkan)
  • 1 cawan air daun pndan(kisar daun pandan tapis)
  • Pewarna hijau

Lapisan atas (putih)

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam

Cara buat tepung talam hijau pandan

Lapisan atas

  1. Campur semua bahan diatas sebatikan tapis masukkan dalam loyang kukus dalam 10minit.
  2. Dah masak lorekkan dengan garfu untuk letak lapisan atas supaya bila potong nanti tak terpisah atas dan bawah.

Lapisan bawah

  1. Campurkan semua bahan diatas tapis dan masak sekejap, agak dah pekat tuang diatas lapisan bawah ratakan dan kukus shingga masak dalam 15 minit.
  2. Sejukkan dahulu baru dipotong.

Sumber: Azlin Fazlina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tepung Talam Ubi Kayu

Bahan-bahan

Bahangian bawah

  • 3 cawan ubi kayu yang diparut
  • 1 kotak kecik santan kara + air 1 cawan
  • 1 cawan gula
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning

Bahagian atas

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 kotak santan kara kecik
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara buat tepung talam ubi kayu

Bahagian bawah

  1. Campur semua bahan kukus dalam 30 minit.
  2. Loyang disapu minyak@lapik plastik.

Bahagian atas

  1. Kacau atas api jangan terlalu pekat sangat dan tuang atas ubi, garis dengan garfu sikit bagi dia melekat putih dan kuning .
  2. Kukus semula dalam 30 minit.

Sumber: Shikin Shikin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Sekian perkongsian beberapa resepi tepung talam yang mudah untuk anda cuba dirumah.

Jom baca resepi ubi kayu yang kami sediakan untuk anda ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment