3 Resepi Ubi Kayu (Pelbagai Resepi Yang Boleh Dicuba)

Kita selalu ingat ubi kayu ni makan dengan rebus sahaja, kan? Sebenarnya banyak lagi tau hidangan dari ubi kayu ini. Di sini kami kongsikan pelbagai resepi ubi kayu untuk anda.

1. Resepi Ubi Kayu Ketuk Goreng

Bahan-bahan

  • 500g – 1kg ubi kayu
  • 2-3 sudu besar gula
  • Sedikit kelapa parut (1 belah kelapa)
  • Sedikit tepung gandum
  • 500g tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cubit kapur makan

Cara buat ubi kayu ketuk

  1. Rebus ubi kayu sehingga empuk. Selepas empuk, tumbuk ubi sehingga lumat.
  2. Gaulkan dengan gula, kelapa parut dan garam. Buatkan bentuk bebola.
  3. Untuk bancuhan salutan, campurkan tepung beras, telur, garam, serbuk kunyit dan kapur dan air. Kacau sehingga sebati. Bancuhan jangan terlalu pekat atau cair.
  4. Panaskan minyak dengan api besar. Bila minyak sudah panas, celupkan bebola ke dalam bancuhan tepung dan goreng.

Sumber: Nz Nor dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • 4 cawan penuh padat ubi parut / kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
  • Beberapa titik perwarna kuning
  • 2 sudu besar marjerin @ butter yang dicairkan

Cara buat bingka ubi kayu

  1. Masukkan ubi ke dalam bekas. Campurkan air, santan pekat, gula, garam dan perwarna. Kacau sebati.
  2. Jika guna santan kotak, masukkan marjerin @ butter.
  3. Masukkan adunan yang sudah sebati ke dalam loyang 8 inci yang sudah digris dan dilapik baking paper.
  4. Bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 1 1/2 jam mengikut oven masing-masing.
  5. Sudah siap bakar, sapukan marjerin @ butter untuk nampak cantik berkilat.

Sumber: Fifa Ayu dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kek Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • 1 cawan ubi kayu
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan marjerin
  • 4 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung kek
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu oren Sunquick
  • 2 sudu susu pekat
  • Perwarna hijau
  • Serbuk koko

Cara buat kek ubi kayu

  1. Sagatkan ubi kayu dan letak tepi.
  2. Putar gula dan marjerin sehingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan ubi kayu, susu pekat, oren dan esen vanila. Masukkan juga tepung sedikit-sedikit sehingga habis.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. 1 bahagian warnakan hikau dan 1 lagi letakkan serbuk koko. 1 lagi bahagian biarkan sahaja.
  6. Masukkan ke dalam loyang secara selang seli.
  7. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak.

Sumber: Aina Mohd Tahir dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian kami beberapa resepi ubi kayu yang anda boleh cuba. Selepas ini tidakla selalu makan ubi rebus sahaja.

Terdapat pelbagai lagi jenis resepi lain yang kami kongsikan di sini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment