3 Resepi Kuih Tahi Itik (Sedap, Popular Di Kelantan & Terengganu)

Salah satu kuih tradisional yang cukup popular di Kelantan ialah kuih tahi itik. Sebut nama sahaja ramai yang tak kenal, tapi bila dah lihat rupa kuih tersebut pasti pernah melihatnya. Jom kali ini kami ingin kongsikan beberapa resepi kuih tahi itik ini.

1. Resepi Kuih Tahi Itik Kelantan

Bahan-bahan

  • 10 biji putih telur
  • 500 ml santan
  • 400 g gula pasir (boleh kurangkan kalau nak kurang manis)
  • 100 g tepung pulut
  • 150 g tepung beras
  • Sehelai daun pandan (dicarik)
  • Sedikit esen vanila

Cara buat kuih tahi itik kelantan

  1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat. Biarkan sejuk.
  2. Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
  3. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kuih Tahi Itik

Bahan-bahan

  • 10 biji PUTIH telur
  • 500ml santan / satu kotak santan Kara campurkan dengan air jadikan 500ml.
  • 250g gula pasir
  • 100g tepung pulut
  • 150g tepung beras
  • Sehelai daun pandan (dicarik-carik)
  • Sesudu bunga cengkih
  • 4 sudu makan minyak masak/ minyak jagung

 

Cara buat kuih tahi itik

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian baru kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat. Kacau jangan berenti tau.
  3. Biarkan sejuk.
  4. Bulatkan atau boleh dibentuk sesedap rasa. Kak Mel guna piping beg masa adunan suam2.

Sumber: Melati Desa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuih Taik Itik

Bahan-bahan

  • Telur putih setengah kilo *ditapis*
  • Tepung gandum setengah cawan
  • Gula 1 cawan
  • Bunga cengkih 5 – 6 kuntum
  • Daun pandan 3 helai disimpul
  • Minyak mazola setengah cawan

 

Cara buat kuih taik itik

  1. Kesemua bahan kecuali minyak disatukan. Kepok2 biar sebati.
  2. Masak dengan menggunakan api yang sederhana.
  3. Kacaukan agar tidak hangit.
  4. Bila dah hampir kental, masukkan minyak mazola.
  5. Kacau lagi hingga kental sempurna.
  6. Buang daun pandan dan bunga cengkih.
  7. Bentukkan ikut suka hati.

Sumber: Shai Anne Ahemed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kuih tahi itik ini mendapat sedikit idea untuk anda mencuba dirumah.

Jom baca resepi kuih tradisional iaitu resepi seri muka yang kami sediakan untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment