4 Resepi Cendol Homemade Yang Sedap

Kebanyakan rakyat Malaysia memang suka makan cendol untuk minum petang. Yelah, negara kita ini memang panas dan kalau dapat sejukkan tekak dengan cendol, fuh nikmatnya tak terkata! Resepi cendol pun tidaklah susah sebenarnya, kalau malas nak pergi beli, boleh buat sendiri sahaja.

Jom tengok cara nak buat cendol.

1. Resepi Cendol Gula Merah

Bahan-bahan cendol

  • 5 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung pulut
  • 10 helai daun pandan (kisar, ambil air)

Bahan-bahan kuah cendol

  • 1 kotak santan
  • 1 cawan air masak
  • Gula merah
  • 1 sudu kecil garam

Cara buat cendol

  1. Campur semua tepung ke dalam mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit.
  2. Gaulkan kesemua sehingga tidak melekat di tangan.
  3. Panaskan periuk dengan air tapis/masak.
  4. Sambil tunggu air mendidih, masukkan cendol ke dalam plastik piping.
  5. Bila air mendidih, paipkan cendol mengikut panjang yang diingini.
  6. Masak sehingga cendol kembang.
  7. Angkat dan toskan cendol ke dalam air sejuk.
  8. Untuk kuah, panaskan periuk dan masukkan santan dan air.
  9. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga mendidih, tutupkan api.
  10. Tuang ke dalam 1 jag besar. Campurkan semua dengan cendol dan air. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Nur Aqyla dari Koleksi Resepi Mudah 

 

2. Resepi Cendol Simple

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu tepung ubi
  • 3 cawan air pandan
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara buat cendol

  1. Bancuh semua bahan dan tapis.
  2. Masak di atas api sederhana dan sentiasa kacau sehingga likat dan berkilat.
  3. Sediakan besen berisi air sejuk dan ais.
  4. Masukkan adunan cendol ke dalam piping beg.
  5. Paipkan adunan cendol ke dalam besen tadi dan boleh dihidang bersama kuah.

Sumber: Haslindawati Omar dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Cendol Gula Melaka

Bahan-bahan

  • 1.5kg cendol segera
  • Santan
  • 1 tin susu sejat
  • 1 tin santan pekat
  • 1 cubit garam
  • Gula melaka
  • Ais

Cara buat kuah cendol

  1. Campurkan susu sejat dengan santan dalam anggaran 1 tin.
  2. Kacau dan campurkan secubit garam. Tidak perlu masak.
  3. Dalam periuk lain, cairkan gula di atas api dengan sedikit air sehingga larut.
  4. Untuk penyediaan, isikan cendol diikuti dengan gula melaka dan kuah santan. Tambahkan ais. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Shida Ambok dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Cendol Durian

Lebih sedap dimakan bersama aiskrim gula Melaka.

Bahan-bahan

  • Aiskrim Coconut Gula Melaka
  • Cendol
  • Durian
  • Buah kabung
  • Jagung
  • Ais
  • Santan

Cara buat cendol

  1. Masak santan sehingga mendidih dan tambahkan garam.
  2. Campurkan semua bahan dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sambil baca resepi cendol ni pun dah boleh buat terliur kan? Terbayang kesegaran, manis berlemak cendol ni. Jadi, kena buat juga tau!

Kalau ada lebihan bahan-bahan, boleh cuba resepi sagu gula melaka ini pula.

Selamat mencuba!

1 thought on “4 Resepi Cendol Homemade Yang Sedap”

Leave a Comment