4 Resepi Biskut Badam (Confirm Rangup, Guna Sukatan Cawan)

Antara resepi biskut badam yang terkenal ialah biskut badam rangup dan biskut badam coklat. Kami ada kongsikan kedua-duanya. Biskut badam juga antara kuih raya yang memang popular. Kalau dapat yang homemade, mesti laku punya. Jom tengok resepi yang kami kongsikan ini.

1. Resepi Biskut Badam Coklat

Bahan-bahan

  • 2 cawan badam cincang
  • 2 cawan kepingan milk chocolate compounds coin

Cara buat biskut badam

  1. Sangai badam cincang di atas kuali sehingga rangup. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat dengan cara
  3. Tuang badam yang disangai tadi ke dalam adunan coklat cair, kacau rata.
  4. Sediakan loyang, alas dengan baking paper.
  5. Sudukan adunan badam cincang mengikut saiz yang diingini.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan boleh disimpan selepas keras.

Sumber: Haslinda Husin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Biskut Badam Sukatan Cawan

Bahan-bahan

  • 300g butter
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • Kuning telur
  • Badam cincang

Cara buat biskut badam

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati dengan senduk kayu.
  2. Masukkan telur dan esen vanila
  3. Tambahkan serbuk badam, tepung jagung dan tepung kastard. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil uli.
  4. Ambil doh dan canaikan. Terapkan acuan dan susun dalam dulang.
  5. Sapukan kuning telur dan taburkan badam cincang. Tekan sedikit supaya badam melekat.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175°c selama 15-20 minit pada api atas bawah.
  7. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Siti Hajar Hashim dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Biskut Badam Rangup

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan marjerin/ mentega
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • Badam hiris
  • 1 biji kuning telur

Cara buat biskut badam

  1. Pukul marjerin dan gula dengan senduk kayu.
  2. Masukkan serbuk badam.
  3. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
  4. Terap dengan acuan, letakkan hirisan badam dan sapu kuning telur di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 150°c selama 20 minit.

Sumber: Sabariah Bahasar dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Biskut Badam Nestum

Bahan-bahan

  • 2 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji kuning telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3 sudu badam hancur
  • 2 cawan nestum (kisar hancur 1 cawan)
  • Sedikit badam cincang
  • Kuning telur

Cara buat biskut badam

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sekejap.
  3. Masukkan pula semua jenis tepung dan badam hancur.
  4. Uli sehingga menjadi doh dan cetak mengikut acuan.
  5. Hiaskan dengan kuning telur dan badam cincang.
  6. Bakar pada suhu 170°c selama 35 minit.

Sumber: Norliza Bonda dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian dari kami resepi biskut badam untuk anda. Mudah dan tak susah pun nak buat sebenarnya. Kena rajin sahaja. Kami juga ada kongsikan resepi biskut nestum untuk anda cuba juga kalau ada lebihan nestum di rumah.

Selamat mencuba!

Leave a Comment