4 Resepi Biskut Lidah Kucing (Rangup, Guna Sukatan Cawan)

Biskut lidah kucing merupakan biskut yang popular di kalangan kanak-kanak. Warnanya yang berwarna-warni seperti rainbow memang akan menarik perhatian. Kenapa namanya lidah kucing masih menjadi tanda tanya, tetapi nama tidak penting yang penting rasanya sedap dan manis itu.

Resepi lidah kucing juga tidaklah sukar mana sebenarnya. Jika anda tidak mahu beli dan mahu buat sendiri, jom tengok resepi yang kami kongsikan ini.

1. Resepi Biskut Lidah Kucing Rangup

Bahan-bahan A

  • 250g mentega
  • 175g gula kastor
  • 100g putih telur (dalam 3-4 biji telur gred A)

Bahan-bahan B

  • 200g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex
  • Pewarna

Cara buat biskut lidah kucing

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga sebati.
  3. Ayakkan bahan B, masukkan sedikit demi sedikit.
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.
  5. Masukkan adunan yang telah diwarnakan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan yang telah digris mentega.
  6. Panaskan oven. Bakar pada suhu 150°c selama 15 minit dan bergantung pada oven masing-masing.

Tips: Biskut ini cepat lemau jadi jangan biarkan lama di luar. Setelah biskut sejuk, terus masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Sumber: Norhafizah Sidek dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Biskut Lidah Kucing Rainbow

Bahan-bahan

  • 250g mentega
  • 125g gula kastor
  • 3 biji putih telur (size B)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 200g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • 1/2 sudu teh emplex

Cara buat biskut lidah kucing

  1. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex.
  2. Satukan mentega dan gula kastor, pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil pukul sehingga kembang.
  4. Tuangkan esen vanila dan masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
  5. Bahagikan sama rata dan masukkan pewarna.
  6. Masukkan dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan.
  7. Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit.

Sumber: Sheila ZA dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Biskut Lidah Kucing Tanpa Emplex

Bahan-bahan

  • 250g mentega
  • 150g gula kastor / gula halus
  • Esen vanila
  • 100ml putih telur
  • 100g tepung gandum
  • 100g tepung beras
  • 50g tepung jagung

Cara buat biskut lidah kucing

  1. Ayak tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung. Ketepikan,
  2. Satukan mentega, gula dan esen vanila. Pukul sehingga berkrim.
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati menggunakan senduk.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  6. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais selama 10 minit.
  7. Paipkan atas dulang yang telah digris.
  8. Bakar pada suhu 150°c selama 20 minit. Pastikan jangan terlalu garing.

Sumber: Nur Hasanah Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Biskut Lidah Kucing Tanpa Acuan

Bahan-bahan

  • 1 1/4 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • Satu penutup botol esen vanila
  • 3 putih telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil emplex

Cara buat biskut lidah kucing

  1. Mix mentega, gula dan esen vanila sehingga gebu.
  2. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex ke dalam adunan mentega dan mix lagi sehingga sebati.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  5. Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan memanjang dalam lebih kurang seinci lebih. Ulang pada warna lain.
  6. Bakar pada suhu 150°c selama 20 minit.

Sumber: Puan Maa dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

Akhir kata

Resepi biskut lidah kucing ini lebih kurang sahaja, yang membezakannya adalah dengan menggunakan emplex atau tidak. Jika anda tidak tahu emplex itu apa, itu lah yang akan merangupkan biskut anda.

Dah alang-alang nak buat biskut, boleh juga cuba resepi biskut aiskrim dan resepi biskut nestum yang kami kongsikan ini. Baru meriah kan dengan pelbagai jenis biskut.

Selamat mencuba!

Leave a Comment