4 Resepi Biskut Aiskrim (Sangat Mudah, Ikut Sukatan Cawan)

Selain biskut coklat chip, biskut aiskrim juga menjadi kegemaran kanak-kanak di musim Raya. Rasanya yang memang manis berlemak memang sangat sedap dimakan. Resepi biskut aiskrim ini juga tidak susah pun, anda boleh buat sendiri di rumah bersama anak-anak. Kalau buat sendiri, boleh makan banyak kan.

Jom tengok resepi yang kami bakal kongsikan.

1. Resepi Biskut Aiskrim

Bahan-bahan

  • 250g mentega
  • 1/2 cawan Nestum (dikisar halus)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • Tepung gandum
  • Esen vanila
  • Coklat masakan (dicairkan)
  • Hiasan

Cara buat biskut aiskrim

  1. Pukul mentega, gula dan telur sebati.
  2. Tuang esen vanila dan kacau lagi.
  3. Masuk Nestum dan gaul sebati.
  4. Letakkan tepung kastard, gaul menggunakan tangan.
  5. Masukkan tepung gandum mengikut kelembutan doh sehingga doh mudah dibentuk.
  6. Tekap menggunakan acuan sehingga doh habis.
  7. Bakar doh pada suhu 180°c selama 20 minit.
  8. Apabila sudah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang sudah dicairkan.
  9. Hias mengikut citarasa anda.

Sumber: Roslila Pakwanchik dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

2. Resepi Biskut Aiskrim Vanilla

Jika hendak biskut rasa sedap, pastikan guna mentega dan bukan marjerin.

Bahan-bahan

  • 2 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan gula aising
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 1 biji telur gred C
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • Coklat masakan
  • Manik hiasan

Cara buat biskut aiskrim

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
  3. Kemudian, masukkan tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Jika adunan lembih, tambahkan tepung gandum.
  5. Uli sehingga tepung cantik dan tidak melekat di tangan.
  6. Leperkan doh dan tekap dengan acuan bentuk aiskrim.
  7. Sapukan kuning telur pada bahagian kon aiskrim.
  8. Panaskan oven pada suhu 170°c, gris loyang dan susun biskut. Bakar selama 35 minit.
  9. Sementara biskut dibakar, panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
  10. Setelah biskut masak dan sejuk sedikit, celup biskut ke dalam coklat dan tabur manik hiasan.

Sumber: Zuridah Zu dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Biskut Aiskrim Susu

Bahan-bahan

  • 1 cawan / 250g buttercup
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 3 cawan tepung gandum (diayak)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil emplex
  • 5 sudu besar serbuk badam
  • Esen vanila
  • 300g dark chocolate compound Beryl’s
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • Manik hiasan

Cara buat biskut aiskrim

  1. Kacau mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanilla menggunakan senduk.
  2. Masukkan susu tepung, emplex dan serbuk badam.
  3. Masukkan semua tepung diayak sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Tekap doh dengan acuan.
  5. Sapu sedikit kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning ke atas batang aiskrim.
  6. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit ikut oven masing-masing.
  7. Sejukkan biskut dan celup ke dalam coklat yang sudah dicairkan. Tabur manik hiasan dan siap.

Sumber: Najwa Bahira dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Biskut Aiskrim

Bahan-bahan

  • 2 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna kuning

Cara buat biskut aiskrim

  1. Pukul mentega dan gula.
  2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan semua tepung sedikit-sedikit. Kalau adunan lembik, tambahkan tepung gandum.
  4. Uli sehingga menjadi doh.
  5. Tekapkan doh menggunakan acuan. Sapu kuning telur pada kon aiskrim.
  6. Bakar pada suhu 170°c selama 35 minit.
  7. Celupkan coklat yang sudah dicairkan dan boleh dihias.

Sumber: Norliza Bonda dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi biskut aiskrim dari kami, semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda. Selepas ini, boleh anda buat bersama anak-anak juga, mereka pasti seronok.

Kami juga ada kongsikan resepi biskut nestum dan biskut sarang semut untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment