4 Resepi Macaroni Cheese (Goreng Atau Bakar, Anda Pilih)

Bagi peminat masakan western, macaroni cheese memang antara hidangan wajib. Rasa yang masin berlemak memang sedap dan kanak-kanak pun turut sukakannya. Resepi macaroni cheese memang sangat senang dan anda boleh pilih pelbagai jenis protein dan sayuran untuk dimasukkan ke dalamnya. Di sini kami kongsikan resepi macaroni cheese untuk anda.

Jom tengok.

1. Resepi Macaroni Cheese Bakar

Resepi ini tidak pedas. Boleh gunakan chili flakes untuk rasa pedas.

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 tin susu cair (boleh guna susu segar)
  • 2 keping keju cheddar
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Secubit garam
  • Macaroni
  • Mozarella cheese
  • Isi ayam / daging /sosej
  • Mix herb

Cara buat macaroni cheese

  1. Cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau sebati dengan cepat.
  2. Masukkan susu, garam dan lada putih. Sentiasa kacau dalam api perlahan.
  3. Masukkan kepingan cheese dan tunggu sehingga larut. Padamkan api.
  4. Rebus macaroni seperti biasa.
  5. Kemudian, letakkan dalam aluminium foil.
  6. Curah sos tadi. Tambahkan mozarella cheese dan sagatkan lagi cheese.
  7. Letakkan capsicum dan isi ayam atau daging.
  8. Taburkan lagi mozarella cheese dan mixed herb.
  9. Bakar pada suhu 160°c selama 30 minit.

Sumber: Rafina Rahim dari Resepi Air Fryer Malaysia

 

2. Resepi Macaroni Cheese Meatball

Resepi ini adalah untuk 7 orang makan.

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang holland (cincang atau potong kiub)
  • 4 biji bawang putih (ketuk dan cincang)
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 bungkus macaroni
  • 10-15 biji bebola daging
  • 3 tin Prego Mac & Cheese
  • 8 keping cheese
  • 1 tin susu cair
  • 1 paket @ 10 batang sosej
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 biji capsicum (potong kiub)
  • Minyak zaitun
  • Serbuk parsley
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit cajun @ serbuk lada kering

Cara buat macaroni cheese

  1. Goreng bebola daging dan ketepikan.
  2. Rebuskan macaroni dengan air, minyak dan garam.
  3. Dalam periuk lain, tumiskan bawang holland, bawang putih dan kiub pati ayam hingga kekuningan.
  4. Masukkan hirisan sosej, potongan cendawan butang dan potongan capsicum. Gaul sebati.
  5. Tuangkan susu cair dan sos prego, serbuk parsley, serbuk cajun dan serbuk lada hitam.
  6. Gaul sebati dan masak sehingga mendidih.
  7. Apabila sudah mendidih, tutup api dan masukkan macaroni yang sudah direbus.
  8. Masukkan ke dalam bekas yang suda dialas. Ratakan kemudian susun cheese di atas.
  9. Susun meatball di atas cheese dan bakar pada suhu 180°c selama 30 minit.

Sumber: SueYatie Dean dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Macaroni Cheese Beef

Bahan-bahan

  • 1 cawan macaroni kering
  • 200g daging kisar
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu besar mentega
  • 6 keping cheese
  • Serbuk oregano
  • 1 sudu kecil parsley kering
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan air
  • Garam

Cara buat macaroni cheese

  1. Rebuskan macaroni, tos dan ketepikan.
  2. Goreng sebentar daging dan ketepikan.
  3. Tumis bawang putih dengan mentega.
  4. Masukkan air dan cheese, kacau sebentar.
  5. Tuang susu segar, serbuk lada hitam, parsley dan beberapa renjis oregano.
  6. Tabur garam dan perasakan. Reneh sekejap sehingga likat dan tutup api.

Sumber: Suffiyah Ramadhani dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Macaroni Cheese Goreng

Bahan-bahan

  • 2 kiub pati ayam
  • 2-3 ulas bawang putih (diketuk / dihiris)
  • 1 paket sosej (dihiris)
  • 1 tin cendawan butang (dihiris)
  • 1 biji capsicum hijau dan merah (didadu)
  • 2 tin prego cheese & herbs
  • 1 paket macaroni
  • Garam

Cara buat macaroni cheese

  1. Tumis bawang putih sehingga bertukar warna dan masukkan kiub pati ayam. Kacau sehingga hancur.
  2. Masukkan sosej dan cendawan butang dan goreng sebentar. Boleh tambahkan minyak.
  3. Masukkan sos prego dan kacau sebati, masak dalam 2 minit.
  4. Masukkan macaroni yang sudah direbus dan boleh tambahkan air.
  5. Kacau dan taburkan sedikit garam.
  6. Masukkan capsicum dan sekeping cheese lagi untuk lebih berkeju.
  7. Kacau dan taburkan basil leave. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Ziera Johari dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan untuk membuat macaroni cheese ini? Kami juga ada berkongsi beberapa resepi mac and cheese, corndog cheese dan resepi aglio olio untuk peminat masakan Western seperti anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment