4 Resepi Aglio Olio (Spaghetti Seafood Sedap, Anak-anak Suka)


Selain spaghetti bolognese dan carbonara, spaghetti aglio olio juga menjadi pilihan penggemar makanan barat ini. Resepi aglio olio ini kebanyakannya menggunakan seafood, tetapi boleh juga ditukar dengan ayam.

Jom tengok resepi ini.

1. Resepi Aglio Olio Simple

Bahan-bahan

  • 1 paket spaghetti
  • 1 mangkuk udang
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar chilli flakes
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk oregano
  • Sedikit daun parsley (dihiris halus)
  • 1 kiub ayam
  • 3 keping cheese
  • Tomato

Cara buat aglio olio

  1. Rebus spaghetti bersama minyak masak dan sedikit garam selama 7-8 minit. Toskan dan simpan sedikit air rebusan.
  2. Panaskan minyak masak @ olive oil. Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan chilli flakes dan daun parsley. Kemudian masukkan udang dan masukkan selama minit.
  4. Masukkan air rebusan tadi sedikit. Kemudian, masukkan oregano, lada hitam, cheese dan kiub ayam. Masak seketika.
  5. Masukkan spaghetti dan tomato. Boleh letak sotong atau sosej jika suka.

Sumber: Nur Masri dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Aglio Olio Seafood

Bahan-bahan

  • 1kg seafood
  • 500g spaghetti
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu besar oregano flakes
  • 3 sudu besar parsley flakes
  • 3 sudu besar chili flakes
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu sos adabi seafood
  • Minyak masak
  • Brokoli
  • Lobak merah
  • Cherry tomato

Cara buat aglio olio

  1. Rebus spaghetti sehingga masak. Toskan.
  2. Rebus seafood dan tak perlu letak air. Toskan dan simpan air rebusan yang keluar dari seafood.
  3. Buka api perlahan dan tumiskan bawang putih.
  4. Masukkan semua flakes, kiub pati ayam, lada hitam dan sos seafood. Gaul sebati.
  5. Masukkan air rebusan seafood dan masukkan sayuran.
  6. Gaul rata dan masukkan spaghetti, diikuti dengan seafood. Gaul dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Lina Kasmani dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Aglio Olio Pedas

Bahan-bahan

  • 1 paket spaghetti
  • 400g udang
  • 400 sotong
  • 10 biji cendawan butang
  • 5 batang cili padi hijau (dihiris)
  • 5 barang cili padi merah (dihiris)
  • 1 biji bawang Holland (dipotong dadu)
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5cm mentega
  • 5 sudu besar minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
  • 1 sudu kecil serbuk parsley
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil basil
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk cili / chilli flakes
  • Garam dan serbuk perasa
  • 2 senduk air rebusan spaghetti

Cara buat aglio olio

  1. Masak air sehingga mendidih. Masukkan garam, minyak masak dan spaghetti.
  2. Rebus sehingga masak dan toskan.
  3. Panaskan mentega dan minyak zaitun pada api sederhana.
  4. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan bawang holland dan masak lagi.
  5. Masukkan udang dan sotong. Gaul sehingga masak.
  6. Masukkan cili padi, lada hitam, parsley, basil, oregano, serbuk cili, garam dan serbuk perasa. Masak seketika.
  7. Masukkan spaghetti dan gaul sebati. Tuang air rebusan dan adjust mengikut citarasa.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Aglio Olio Simple

Bahan-bahan

  • Spaghetti
  • Udang
  • Ceri tomato
  • Parsley
  • 1 labu bawang putih
  • 4-5 tangkai cili kering
  • Parmesan cheese
  • Chili flakes
  • Olive oil

Cara buat aglio olio

  1. Rebus spaghetti sehingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, tuang sedikit minyak zaitun. Tumiskan bawang putih yang dicincang halus. Masukkan cili kering.
  3. Masukkan kepala udang dan goreng sehingga garing.
  4. Masukkan spaghetti, gaul rata. Tambahkan air jika kering.
  5. Seterusnya, masukkan udang, tomato dan parsley. Gaul lagi.
  6. Perasakan dengan chilli flakes, garam dan parmesan cheese.

Nota kaki 1: Cili kering potong panjang-panjang je. Lebih kurang 4cm. Jangan blend.

Nota kaki 2: Nak gantikan garam dengan chicken stock pun bolehh.

Sumber: Sya Shamsuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian resepi aglio olio yang mudah dan senang ini. Boleh anda cuba sendiri.

Selamat mencuba!

Leave a Comment