3 Resepi Crab Rangoon Guna Kulit Popia (Viral, Sedap & Simple)

Baru-baru ini viral di Tik Tok resepi crab rangoon ini. Memang nampak menarik resepi ini yang dihidangkan bersama sos yang tersendiri. Kali ini kami akan kongsikan dengan resepi yang sedang viral ini.

Jom kita try!

1. Resepi Crab Rangoon Guna Kulit Popia & Sos Creamy Hijau

Bahan-bahan

  • Kulit popia / kulit wantan
  • 1 paket filamen ketam (250gram)
  • ½ batang lobak (cincang halus)
  • 1 sudu kecil minyak bijan (optional)
  • 1 sudu makan serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • Segenggam daun bawang( potong kecil)
  • 1 sudu kecil garam
  • 250 gram cream cheese
  • Sedikit daun kucai (untuk mengikat)

Sos Creamy Hijau Ala Thai

  • 2 rumpun daun ketumbar (sekali akar)
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ cawan air biasa
  • 6-7 biji cili hijau
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1-2 biji limau nipis (diambil jusnya sahaja)
  • 6-7 sudu besar mayonis

Cara buat Crab Rangoon Guna Kulit Popia & Sos Creamy Hijau

  1. Filamen ketam dipotong kecil.
  2. Dicampurkan kesemua nya dan digaul sebati.
  3. Letakkan inti ke dalam kulit popia, kemudian buat lah bentuk yang di sukai.

Sos Creamy Hijau Ala Thai

  1. Daun ketumbar, air, cili hijau, sos ikan, mayonis dan jus limau diblend sekali.

Sumber: Fadzlin Adzlina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Crab Rangoon

Bahan-bahan

Kulit

  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan marjerin
  • Air secukup untuk jadikan doh

Isi

  • 1 cawan isi ketam (saya guna ketam tiruan saja)
  • 1 cawan cream cheese
  • ¼ cawan daun sup + daun bawang/ ikut selera
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 1 biji telur*

 

Cara buat crab rangoon

Kulit

  1. Ramas marjerin dengan tepung sampai jadi peroi. Tambah air sedikit-sedikit sampai jadi doh.
  2. Ketepikan. Nak bagi rehat dalam peti sejuk pun boleh.

Isi

  1. Gaul sehingga sekata.
  2. *Jika nak jadikan isi ni sebagai salad untuk dimakan terus atau diletakkan pada croissant, tak perlu letak telur

Cara buat rangoon

  1. Canai doh dan buat empat segi sama 2 x 2 inci.
  2. Letak isi ~1 sudu teh.
  3. Balut dan kelim.
  4. Goreng sehingga garing.
  5. Hidang dengan sos cili atau sos Thai.

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Crab Rangoon Citarasa Sendiri

Bahan-bahan

  • *10 batang crabstick (dicincang)
  • *Daun bawang (dicincang)
  • *Kobis cincang (optional)
  • *Separuh bungkus cream chesse 250gram
  • *2 sudu besar mayonnaise
  • *bawang putih cincang (tumis minyak sampai dia brown sikit)
  • *cili flakes
  • *garam/msg
  • *black pepper (optional)

Cara buat crab rangoon

  1. Gaulkan semua. Masukkan dalam kulit wantan kalau tidak ada boleh guna kulit popia.
  2. Selepas itu boleh goreng.. Hidangkan bersama sos thai atau sos cili.

Sumber: Siti Nur Jannah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat resepi crab rangoon ini?. Anda harus cuba resepi viral ini di rumah.

Kalau minat makanan berkaitan popia ini, boleh cuba popia sayur, popia simpul kasih, popia carbonara dan juga popia Nestum.

Jom baca lagi pelbagai resepi yang mudah kami kongsikan dengan anda.

Selamat mencuba

Leave a Comment