4 Resepi Karipap Mini (Inti Serunding, Rangup & Tahan Lama)

Karipap yang biasa kita beli ketika sarapan pagi itu kebiasaannya berintikan kentang atau sardin. Sebaliknya, karipap mini pula berintikan serunding daging atau ikan. Teksturnya juga tampak lebih keras dan rangup. Dulu-dulu, karipap mini mudah ditemukan ketika Hari Raya. Jadi, kalau anda teringin merasa dan mencari resepi karipap mini yang rangup, boleh ikuti perkongsian di bawah ini.
Jom kita try!

1. Resepi Karipap Mini Rangup

Bahan-bahan doh

  • 250g tepung gandum
  • 50g marjerin (dipanaskan)
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 110ml air sejuk

Cara buat doh

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas.
  2. Panaskan marjerin dan tuang ke dalam tepung ketika suam. Gaul sebati.
  3. Masukkan air yang dilarut ke dalam garam.
  4. Uli sehingga agak-agak adunan tidak terlalu keras atau lembik. Rehatkan selama 15 minit.

Bahan-bahan serunding ikan

  • 1kg ikan selayang
  • 10 biji cili kering*
  • 2 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 6-7 ulas bawang merah*
  • Garam dan gula

Cara buat serunding ikan

  1. Rebus ikan dengan asam keping. Sejukkan.
  2. Ambil isi ikan dan kisar ikan bersama air rebusan tadi.
  3. Kisar bahan bertanda *.
  4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan isi ikan kisar tadi. Masak sehingga kering.

Cara buat karipap mini

  1. Canaikan doh, letakkan dalam acuan dan letakkan inti serunding ikan.
  2. Sapukan tepung dengan air sejuk supaya tepung melekat dan tidak terbuka semasa menggoreng.
  3. Panaskan minyak pada api sederhana. Goreng sehingga masak.

Sumber: Noorfaizah Nfi dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Karipap Mini Serunding Ikan

Bahan-bahan

  • 250g tepung gandum
  • 50g marjerin (cairkan dan biarkan suam)
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 110ml air sejuk

Bahan serunding ikan

  • 1kg ikan kembung / ikan tenggiri / ikan selayang
  • 2 biji kelapa santan

Bahan kisar

  • 25 tangkai cili kering
  • 10 tangkai cili hidup
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 asam keping (2 untuk kuali, 3 untuk periuk)
  • Garam dan gula

Cara buat karipap mini

  1. Sediakan periuk dan rebus ikan bersama asam keping. Sejukkan.
  2. Ambil isi ikan dan kisar bersama air rebusan.
  3. Tumis bahan kisar bersama asam keping, masukkan santan dan isi ikan. Tumis sehingga kering.
  4. Masukkan serunding ikan ke dalam acuan doh karipap mini dan sedia untuk digoreng.

Sumber: Scha Za dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Karipap Mini Sukatan Cawan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu marjerin
  • 1/4 cawan minyak masak
  • Perwarna kuning + garam + air ais

Cara buat doh karipap mini

  1. Masukkan tepung, marjerin, air garam dan perwarna kuning. Gaul sebati.
  2. Panaskan minyak masak, masukkan tepung yang digaul tadi dan gaulkan dengan sudu.
  3. Bila doh sudah suam boleh gaul dengan tangan hingga sebati.
  4. Masukkan air ais sedikit demi sedikit. Uli hingga membentuk doh.
  5. Rehatkan antara 10-20 minit.

Bahan-bahan serunding

  • 6 cawan isi ikan selayang (diramas sedikit)
  • 3 cawan kelapa parut
  • 2 batang serai (saiz sederhana)
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 9 biji cili padi
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar gula
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam

Cara buat serunding ikan

  1. Kisar semua bahan kecuali isi ikan dan kelapa parut.
  2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar tadi. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ikan dan kelapa parut tadi. Kacau sehingga kering.

Sumber: SoffyWaty Syed dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Karipap Mini

Bahan-bahan serunding ikan

  • 4 ekor ikan selayang
  • 10 biji cili kering (dibuang biji)
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 6 sudu besar santan
  • 5-6 sudu besar gula pasir
  • 1 1/2 sudu kecil garam halus
  • Sedikit minyak

Cara buat serunding ikan

  1. Kisar bahan bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak dan masukkan santan.
  2. Apabila bahan tumisan hampir pekat, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perlahankan api.
  3. Perasakan dengan gula dan garam. Sentiasa kacau sehingga sambal kering dan berderai. Sejukkan.

Bahan-bahan doh karipap

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan minyak masak (tak perlu panaskan)
  • 1 1/2 sudu kecil garam halus
  • air sejuk peti ais

Cara buat doh karipap

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Gaul sebati.
  2. Masukkan minyak masak, gaul sebati sehingga menjadi serbuk roti…
  3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Rehatkan doh selama 30 minit.
  5. Canaikan doh dan gelek nipis. Terapkan dengan acuan bular.
  6. Isikan ini, kemudian kelim tepi dan goreng garing.

Sumber: Azni Achik dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sedap betul resepi karipap mini yang dikongsikan ini. Anda harus cuba tau. Kalau sedap dan sesuai dengan tekak, mungkin boleh cuba jual pula. Terakhir, untuk resepi kuih raya yang lain, anda boleh cuba popia simpul dan rempeyek.

Selamat mencuba!

1 thought on “4 Resepi Karipap Mini (Inti Serunding, Rangup & Tahan Lama)”

Leave a Comment