3 Resepi Popia Carbonara Cheese (Cara Buat Yang Mudah)

Kulit popia sebenarnya boleh buat pelbagai kuih atau juadah ringan untuk kudapan. Cuma perlukan sedikit hasil yang kreatif pasti menjadi. Kali ini resepi yang kami ingin kami kongsikan ialah popia carbonara cheese. Popia ini sedap dimakan ketika panas kerana waktu itu masih lagi rangup diselitkan sekali dengan cheese yang meleleh.

Anda dah tak sabar? Jom baca sampai habis resepi ini.

1. Resepi Popia Ayam Carbonara Cheese

Bahan-bahan

  • Kulit popia size sederhana
  • Isi ayam dicincang
  • cendawan dalam tin potong dadu
  • Bawang potong dadu
  • Bawang putih dicincang
  • Daun bawang di hiris halus
  • Carrot dihiris halus
  • 1 tin carbonara cendawan prego
  • serbuk lada hitam
  • Cheese
  • Garam dan gula

 

Cara buat popia ayam carbonara cheese

  1. Tumis bawang putih dan masukkan bawang besar.
  2. Apabila bawang dah kekuningan, masukkan isi ayam dan sos carbonara.
  3. Bubuh sedikit air.
  4. Bubuh sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  5. Kemudian masukkan lobak dan cendawan.
  6. Apabila lobak dah lembut masukkan daun bawang dan tutup api.
  7. Semasa nak gulung popia taburkan cheese atau sliced cheese yang dah dipotong.

Sumber: Nazura Zainal Abidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Popia Carbonara Cheese (Mudah)

Boleh disimpan sebagai frozen

Bahan-bahan

  • Sosej potong nipis
  • Ubi kentang dadu kecik
  • Lobak disagat
  • Lada hitam
  • Jejari ketam
  • Carbonara tin (jenama prego)
  • Sedikit garam
  • Cheese mozzarella

 

Cara buat popia carbonara cheese

  1. Panaskan sedikit mentega, letak sosej, ubi, lobak, dan gaulkan.
  2. Lepas tu baru masuk carbonara. Jejari ketam dan cheese jangan gaul sekali dalam kuali. Lembik jadinya. So asingkan.
  3. Goreng api perlahan. Hati-hati. Meletup.

Sumber: Mashitoh Najib dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Popia Carbonara Cendawan Cheese Crab

Untuk 10 rolls

Bahan-bahan

  • Bawang putih 3ulas (ditumbuk sedikit)
  • Cili padi 4-5biji dipotong
  • Kentang 5biji dipotong dadu kecil
  • Cheese slice 3keping
  • [email protected] cincang
  • Lada hitam 1sudu kecil
  • Susu cair setengah tin
  • Sayur carrot (potong dadu kecil)
  • Cendawan tin
  • Planta 1sudu besar
  • Daun bawang sedikit (optional)

 

Cara buat popia carbonara

  1. Panaskan kuali dan letak planta.
  2. Tumis bawang putih yang dah ditumbuk.
  3. Masukkan kentang dan susu cair. Gaul bagi sebati.
  4. Masukkan daging/ayam cincang.
  5. Masukkan air agak-agak paras kentang bagi tenggelam.
  6. Masukkan sayur carrot dan cendawan tin tadi.
  7. Masukkan cheese slice.
  8. Perasakan dengan garam dan kuib knor ayam.
  9. Bila air dah kurang masukkan lada hitam dan cili padi, kacau bagi sebati.
  10. Rasa garam dah okay dan kentang pun dah lembik, jangan sampai terlalu lembik sangat, terus tutup api.
  11. Terakhir sekali taburkan daun bawang (optional).

Sumber: Nor Hazreen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan nak buat popia carbonara cheese ini, jangan lupa cuba dirumah ya!

Kami juga ada menyediakan resepi popia nestum untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment