3 Resepi Nasi Ambang (Versi Nasi Ambeng Jawa Johor & Selangor)

Sebut sahaja nasi ambang atau dikenali juga sebagai nasi ambeng pasti terbayangkan pelbagai lauk dalam satu pinggan.  Walaupun sedikit renyah untuk membuat nasi ambeng ini, tapi hasilnya cukup memuaskan hati. Cukup popular di kalangan orang Jawa di Johor dan Selangor. Jom kami ingin kongsikan beberapa resepi nasi ambang.

1. Resepi Nasi Ambang

Bahan-bahan

Ayam kicap

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang merah, putih, halia dan lengkuas
  • Kayu manis, bunga lawang, cengkih dengan serai
  •  Sos cili, sos tiram dan sedikit air

Serunding kelapa

  • Kelapa parut putih
  • Bawang merah, putih, serai, cili kering, ketumbar, 2 beradik jintan
  • Gula 4 sudu, garam 1 sudu

Mee goreng simple

  • Mee kuning
  • Bawang merah, putih, cili kering 8 batang
  • Kicap pekat dan kicap lemak manis sesudu

Sambal goreng jawa

  • Kacang panjang, carrot, cili merah, bawang merah bawang putih
  • Suhun, tauhu kering
  • Tauhu, tempe
  • Bawang merah putih, kacang panjang dan carrot

Hiasan

  • Ikan masin bulu ayam

 

Cara buat nasi ambang

Ayam kicap

  1. Ayam gaul garam kunyit, goreng separuh masak, ketepikan.
  2. Bawang merah,putih,halia lengkuas tumbuk lumat halus.
  3. Tumis kayu manis,bunga lawang,cengkih dengan serai diketuk dan bahan-bahan tumbuk.
  4. Tumis sampai naik bau. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
  5. Masuk ayam dan terus letak kicap, letak air sikit terus tutup dengan tudung periuk bagi ayam betul-betul masak dan mesra dengan kuah, masukkan dengan gula garam secukup rasa.

Serunding kelapa

  1. Kelapa parut putih.
  2. Bawang merah, putih, serai, cili kering, ketumbar, 2 beradik jintan, kisar hancur.
  3. Terus masukkan dalam kelapa parut.
  4. Masukkan gula 4 sudu, garam 1 sudu, gaul rata baru letak atas dapur.
  5. Goreng sampai kering, masa masak tu untuk bau wangi.

Mee goreng simple

  1. Mee kuning-basuh dan tos
  2. Bawang merah, putih, cili kering 8 batang kisar hancur.
  3. Tumis sampai pecah minyak, masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis sesudu.
  4. Dah naik bau masuk mee.

Sambal goreng jawa

  1. Kacang panjang, carrot, cili merah, bawang merah dan bawang putih (dihiris halus).
  2. Suhun,tauhu kering rendam sampai lembut (toskan)
  3. Tauhu, tempe- potong dadu,  goreng dan letak tepi.
  4. Tumis bawang merah putih masukkan kacang panjang dan carrot.
  5. Letak air sikit bagi lembut.
  6. Masukkan semua sayur lain goreng sampai masak. Perasakan dengan garam dan gula.

Sumber: Hafiz Fizzainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Serunding Kelapa Nasi Ambang

Bahan-bahan

  • Kelapa parut
  • Udang kering / ikan bilis (tumbuk kasar)
Bahan kisar
  • Cili kering
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Kunyit hidup
  • Perasakan dgn garam, gula & aji

 

Cara buat serunding kelapa

  1. Masukkan bahan kisar dan udang kering dalam kelapa parut.
  2. Sangai sehingga ringan (kering) ikut suka nak kering mcm mana.
  3. Masukkan garam, gula & aji.

Sumber: Sina Said dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Urap (Nasi Ambang)

Bahan-bahan

  • Cili padi dan cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Udang kering
  • Belacan
  • Cekur wajib ada
  • Kelapa parut putih

 

Cara buat urap

  1. Tumbuk bahan  sampai lumat dan tumis dengan sedikit minyak.
  2. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan kelapa parut, masukkn garam secukup rasa, aji, gula dan air asam, goreng sampai kelapa agak garing.
  3. Biarkan sejuk. Nak makan baru gaul dengan sayur  yang di sukai (taugeh, kacang botol, pegaga, ulam raja, bayam brazil).

Sumber: Eryana Mohamad dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Agak renyah sebenarnya untuk membuat nasi ambang ini, tapi percaya lah jika anda dah dapat step yang betul pasti hasilnya memuaskan hati.

Nak resepi nasi lemak? Jom baca resepi nasi lemak yang kami sediakan untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment