4 Resepi Jejari Oat (Biskut Viral Mudah Dibuat, Lembut & Rangup)

Antara kuih raya kegemaran orang Malaysia ialah jejari oat. Kuih ini kalau waktu bukan Raya pun, memang laku. Buat sendiri sahaja lagi senang, di sini kami kongsikan resepi jejari oat untuk anda.

Jom kita tengok.

1. Resepi Jejari Oat

Bahan-bahan A

  • 1 cawan butter/marjerin
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan oat (kisar halus)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3 sudu makan serbuk koko

Bahan-bahan B

  • Susu tepung secukupnya

Cara buat jejari oat

  1. Pukul butter/marjerin dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan semua bahan A sedikit demi sedikit sambil pukul sehingga menjadi doh lembut.
  3. Bentukkan mengikut bentuk yang diingini dan bakar pada suhu 160°c-170°c selama 10-15 minit bergantung pada oven masing-masing.
  4. Sejukkan dalam 5 minit dan boleh gaul dengan susu tepung.
  5. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Zura Nafis dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Jejari Oat Mudah

Bahan-bahan

  • 1 cawan Buttercup
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3/4 cawan gula aising
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan oat (kisar halus)
  • Susu tepung

Cara buat jejari oat

  1. Masukkan buttercup, minyak sapi dan gula aising. Gaul sebati.
  2. Tambahkan serbuk koko dan gaul lagi.
  3. Campurkan tepung gandum dan oat, baru masukkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Bentukkan dan tekap mengikut acuan yang disukai.
  5. Bakar pada suhu 150°c-170°c selama 10-15 minit mengikut oven masing-masing.
  6. Setelah masak, sejukkan dan salutkan dengan susu tepung. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Che Ros dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Biskut Jejari Oat

Bahan-bahan A

  • 100g marjerin@mentega
  • 25g minyak sapi
  • 125g tepung gandum
  • 1 cawan oat (kisar halus)
  • 125g gula halus
  • 2 sudu makan serbuk koko

Bahan B

  • susu tepung

Cara buat jejari oat

  1. Kacau mentega/marjerin serta minyak sapi dan gula halus. Gaul sebati.
  2. Masukkan semua bahan A sedikit demi sedikit dan kacau sehingga menjadi doh.
  3. Bentukkan atau ikut acuan yang diingini.
  4. Bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.
  5. Setelah masak, sejukkan dalam 10 minit dan gaul dengan susu tepung.

Sumber: Puan Eha dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Jejari Oat Nestum

Bahan-bahan

  • 1 cawan nestum
  • 1 cawan oat
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula aising
  • 4 sudu serbuk koko + 4 sudu susu tepung
  • 3 sudu butter
  • Sedikit minyak sapi

Cara buat jejari oat

  1. Campurkan nestum, oat, tepung jagung, tepung gandum, gula aising, serbuk koko dan serbuk tepung. Gaul sebati.
  2. Masukkan butter dan gaul sebati. Masukkan minyak sapi sedikit-sedikit dan bentukkan menjadi doh.
  3. Bentukkan mengikut kesukaan dan bakar pada suhu 150°c-160°c selama 15-18minit.
  4. Setelah masak, sejukkan sedikit dan gelekkan di dalam susu tepung.

Sumber: Atiq Artica dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan nak buat kuih ini? Resepi jejari oat yang kami kongsikan ini memang senang sahaja nak buat jika ikut betul-betul.

2 thoughts on “4 Resepi Jejari Oat (Biskut Viral Mudah Dibuat, Lembut & Rangup)”

Leave a Comment