3 Resepi Gulai Ayam (Mudah, Sedap & Menyelerakan)

Setiap negeri sebutan gulai ayam adalah merujuk kepada kari ayam, cuma ada sedikit perbezaan pada gulai ayam. Dengan pelbagai serbuk rempah dicampur pasti membuka selera anda. Kami nak kongsikan beberapa pelbagai stail resepi gulai ayam.

1. Resepi Gulai Ayam Terengganu Style

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Santan sederhana pekat
  • Rempah cap bunga rose (Ikot nisbah rempah gulai : rempah masak 2:1)
  • Rempah gulai 2 sudu besar
  • Rempah masak 1 sudu besar
  • 3 sudu besar cili boh
  • 2 biji ubi kentang
  • Nisan kerek @ gula melaka
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam
    *Bawang merah
    *Bawang putih
    *1 inci kunyit hidup
    *1 inci halia
    *1 inci lengkuas
  • Kisar halus bahan bertanda *

Cara buat gulai ayam Terengganu style

  1.  Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan rempah dan kacau sebati.
  4. Masukkan ayam dan kacau rata.
  5. Masukkan air dalam 1 cawan.
  6. Masukkan nisan @ gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata.
  7. Tutup periuk dan biarkan dalam lebih kurang 5 minit.
  8. Bukak penutup periuk dan masukkan santan (Masa ni jangan tutup periuk lagi dah sampai siap meggulai).
  9. Bila dah mendidih, masukkan ubi kentang, kerisik, dan garam kemudian masak hingga ubi kentang empuk.
  10.  Perlahankan api dapur dan reneh dalam 7/8 minit.
  11.  Bila dah terbit minyak, tutup api dapur.
  12.  Sedia dihidang

Sumber: Siti Noor Hidayah Samah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Gulai Ayam Kampung

Bahan-bahan

  • Bawang holland, bawang putih, halia ,serai, kunyit hidup, lengkuas (kisar)
  • Lada kering kisar
  • Lada/cili boh
  • Serbuk kunyit
  • Rempah 4 beradik- kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pala
  • Asam gelugur/asam keping
  • Rempah gulai cap bunga ros
  • Rempah masak cap bunga ros
  • Serbuk kari pior satu malaysia
  • Serbuk kari adabi

Cara buat gulai ayam kampung

  1. Semua bahan ni gaul sebati dengan ayam. Letak garam. Masak guna api sederhana untuk proses mati air. Supaya ayam empuk, lembut, sebati rasa rempah semua. Tidak perlu tumis.
  2. Bila ayam dah empuk masukan kerisik dan baru letak air. Kalau ayam pencen masa ni kena tambah air untuk bagi dia lembut.
  3. Selepas itu,  masuk nisan dan santan. Kalau suka boleh tambah cili ke, lada besar atau hirisan bawang holland sebagai penambah meriah gulai.

Tips: masa mati air tadi tambah sedikit halba dalam ayam tu untuk bg gulai lagi sedap. Secubit dua pun dah cukup.

Sumber: Angeline Akan dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Gulai Ayam Kelantan

Bahan-bahan

  • Bahan kisar
  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih saiz kecil
  • 3 hiris nipis serai
  • 1/2 hiris nipis lengkuas
  • 1/2 hiris nipis halia
  • 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis

Cara buat gulai ayam Kelantan special

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan.Kemudian tuang bahan kisar tadi.
  2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.
  3. 2 sudu besar rempah kari
    – 1/2 sudu besar rempah kerutuk
    – 1/3 sudu kecil kecil serbuk cili
    Untuk merasai sendiri keenakan gulai yang mempunyai rasa asli, sedap dan wangi bolehlah menggunakan rempah timbang yang dibeli di Kelantan.
  4. Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak
  5. Masukkan 1 cawan air.
  6. Masukkan perasa peringkat pertama;
    – 1/2 relung kecil nisse
    – 1/2 sudu besar garam
    – sedikit perasa
  7. Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.
  8. Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam.
  9. Tambah 2 senduk santan.
  10. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik dan kerisik.
  11. Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
  12. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya.

Sumber: Afy AL Habibi dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian kami pada kali ini. Jangan lupa cuba resepi ayam yang lain seperti ayam ungkep Jawa dan juga ayam percik pasar malam.

Selamat mencuba!

Leave a Comment