3 Resepi Kuih Kaswi (Guna Sukatan Cawan Pun Boleh)


Anda tercari-cari resepi kuih kaswi yang apabila dimakan lembut dan kenyal di mulut? Kuih kaswi sangat sesuai dimakan ketika minum pagi dan petang. Di sini kami ingin kongsikan dengan anda beberapa resepi kuih kaswi.

1. Resepi Kuih Kaswi Gula Merah

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam dan daun pandan

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3 cawan air biasa
  • 1 Sb air kapur

 

Cara buat kuih kaswi gula merah

Bahan A

  1. Semua bahan diatas dimasak sehingga gula larut dan tapis ketepikan, air gula yang dimasak jadikan 2 cawan.

Bahan B

  1. Satukan semua bahan kemudian masukkan kedalam blender.
  2. Campurkan sekali air gula merah tadi.
  3. Blend sehingga sebati.
  4. Sapu loyang dengan sedikit minyak.
  5. Tuangkan adunan tadi dan kukuh sehingga masak.
  6. Kukus selama 45 minit.
  7. Guna loyang 9×9.

Sumber: Nor Afidah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Kuih Kaswi Pandan

Bahan-bahan

  • 2 cawan tpg gandum rose
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 3 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 1 cawan air pandan
  • 1/2 cawan air kapur
  • Pewarna hijau

 

Cara buat kuih kaswi pandan

  1. Bancuh semua bahan, tapis dan masak atas api hingga sedikit pekat.
  2. Kukus 25 minit dan 5minit lagi angkat tudung periuk.
  3. Biar 3 jam bagi sejuk baru boleh potong.

Sumber: Siti Zaleha dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Kuih Kaswi Gula Merah (Sukatan Cawan)

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan. Tepung Ubi
  • 1/2 cawan. Tepung Beras
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh air Kapur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • Sedikit kicap pekat manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji isi kelapa parut

Cara buat kuih kaswi (sukatan cawan)

  1. Masukkan daun pandan, gula pasir dan gula merah bersama air hingga mendidih. Sejukkan.
  2. Masukkan tepung, kicap serta air kapur ke dalam air gula yang telah disejukkan. Kacau menggunakan whisk @ blend pun boleh.
  3. Setelah itu tapiskan ke dalam bekas yang telah disapu minyak. Sama ada loyang @ acuan kecil.
  4. Kukus dalam 15 minit utk acuan kecil @ 40 minit untuk dalam loyang.
  5. Setelah sejuk bolehlah digaulkan bersama isi kelapa parut bergaram yang sudah dikukus terlebih dahulu.

Sumber: Rozanah Ismail dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kuih kaswi ini mendapat sedikit manfaat untuk anda. Jika minat kuih-kuih manis begini, boleh juga cuba kuih tepung talam, tepung pelita, badak berendam dan juga seri muka.

Selamat menjamu selera!

Leave a Comment