3 Resepi Sotong Bakar (Ala Thai, Sumbat Bakar & Sambal)

Baru-baru ini resepi sotong bakar viral di social media. Semua orang ingin mencuba resepi seafood yang cukup mudah ini. Pelbagai resepi sotong bakar telah diolah mengikut citarasa masing-masing.

Izinkan kami berkongsi resepi ini.

1. Resepi Sotong Bakar Thai

Bahan-bahan

  • Sotong saiz besar
  • Isi Udang segemgam
  • Telur 1 biji

Bahan Sos

  • 5 ulas Cili kecil
  • 4 sudu Gula
  • secubit Garam
  • 3 sudu Cuka makan
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan kisar utk inti

  • 1 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 3 hirisan Halia

Cara buat sotong bakar thai

Inti

  • Hancurkan isi udang  dan gaul dengan telur dan bahan kisar.

Sumbat

  • Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.

Masak sotong

  • Bakar sotong sumbat tadi, kemudian bila sudah masak,  potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.

Buat Sos

  • Blender/tumbuk dan tumis semua bahan. (Boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan anda)
  • Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Hidangan

  • Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis.
  • Siap untuk dimakan.

Sumber: Fadhilah Esa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sotong Sumbat Bakar

Bahan-bahan

Bahan A

  • Sotong
  • Telur
  • Daun Bawang/Daun sup
  • Bawang besar
  • Dada ayam
  • Lada sulah
  • Garam

Bahan B

  • Bawang kecil, bawang putih , lada kecil dan halia
  • Kicap
  • Gula merah
  • Daun kunyit
  • Sedikit asam limau

 

Cara buat sotong bakar

Bahan A

  1. Basuh sotong dan toskan.
  2. Telur, daun bawang, daun sup, lada kecil, bawang besar, dada ayam, lada sulah dan garam.
  3. Potong semua bahan dan satukan dalam mangkuk.
  4. Potong dadu dada ayam dan bawang besar.
  5. Gaul sebati semua bahan dan goreng macam telur dadar.
  6. Dah goreng hancurkan telur tadi dan sumbat daalm sotong, masukkan kepala sotong sekali dan cucuk dengan lidi supaya telur tidak keluar.

Bahan B

  1. Blender bawang kecil, bawang putih, lada kecil dan halia.
  2. Tumis bahan blender dan masukkan sekali garam, kicap dan gula merah.
  3. Tumis hingga kuah agak pekat dan tutup api.
  4. Gaulkan bahan tumis tadi pada sotong.
  5. Balut sotong dengan daun kunyit dan kertas foil.
  6. Bakar dengan api sederhana.
  7. Perahkan dengan sedikit asam limau.

Sumber: Norsyahila Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sotong Bakar Sumbat Bersambal

Bahan-bahan

Bahan untuk sumbat sotong

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada sulah
  • Telur
  • Mayonis

Bahan buat sambal

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Gula melaka

 

Cara buat sotong sumbat

  1. Tumis bawang dan bawang putih, bawang dah separa masak, masukkan telur dan lada sulah sambil perasakan dengsn garam. Nak letak cili api pun boleh kalau nak pedas. Selepas masak letak mayo 2 sudu besar.
  2. Kemudian sumbatlah kedalam sotong yang dah dibersihkan kepala dan badan cucukkan dengan lidi.
  3. Kemudian bakar sotong dalam pan.
  4. Ketepikan bila dah masak dan gunting tengah badannya.

Cara buat sambal

  1. Tumis buat macam sambal biasa.
  2. Bila sambal dah masak., salutkan sotong dan sambal.
  3. Boleh hidang.

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Terliur kan dengan resepi sotong bakar ini, apa lagi jangan lupa untuk cuba resepi viral ini dirumah.

Kalau sekadar mahu goreng-goreng, boleh cuba resepi sotong goreng tepung.

Selamat menjamu selera!

Leave a Comment