4 Resepi Sotong Goreng Tepung (Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam)

Apabila bercuti ke negeri pantai timur, kebiasaannya kita akan mencari salah satu makanan popular iaitu sotong goreng tepung. Resepi sotong goreng tepung ini sebenarnya tidak susah mana, jika anda craving hidangan ini, anda boleh cuba buat di rumah.

Di sini kami kongsikan resepi sotong goreng tepung untuk anda.

1. Resepi Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan A

  • Tepung Bestari (gunakan lebih banyak dari tepung lain)
  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Sedikit garam
  • 1 sudu serbuk kari

Bahan-bahan B

  • 1 biji telur ayam
  • 1-2 sudu cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 3-4 sudu campuran bahan A

Cara buat sotong celup tepung

  1. Gaul sebati semua bahan A.
  2. Kacau rata semua bahan B.
  3. Ambil sotong dan celupkan ke dalam bahan B, kemudian letakkan pula ke dalam bahan A.
  4. Gaul sehingga bersalut cantik dan boleh terus digoreng.
  5. Pastikan minyak banyak dan panas.

Sumber: Faz Linda Tajuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Bahan-bahan A

  • 1kg sotong segar
  • 1 biji telur gred A
  • Cukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan-bahan B

  • 2 senduk besar tepung serbaguna
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara buat sotong goreng tepung

  1. Bersihkan sotong dan toskan sehingga sotong tidak mengandungi air.
  2. Gaulkan sotong bersama bahan-bahan A yang lain.
  3. Kacau rata bahan-bahan B.
  4. Panaskan minyak yang banyak.
  5. Ambil sedikit sotong satu persatu dan salutkan bersama bahan-bahan B.
  6. Masukkan sotong ke dalam kuali dan goreng dengan api sederhana sehingga sotong berwarna keperangan.

Tips: Sotong tidak boleh digaulkan bersama tepuung terlalu awal sebelum dimasak.

Sumber: Atirah Abdullah Shah Aimin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Sotong Goreng Tepung Crispy

Bahan-bahan A

  • Bawang putih (diparut)
  • Serbuk lada sulah
  • Cajun seasonings

Bahan-bahan B

  • Tepung gandum
  • Sedikit tepung jagung
  • Garam
  • Lada sulah
  • Cajun seasonings

Cara buat sotong goreng tepung

  1. Bersihkan sotong, buang kulit berwarna hitam. Potong pada saiz yang diinginkan.
  2. Perap dengan bahan-bahan A dalam setengah jam.
  3. Gaul sebati bahan-bahan B.
  4. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk lain. Ambil 1 sudu campuran bahan-bahan B, masukkan bersama telur dan pukul sebati.
  5. Gaul sotong dengan bahan-bahan B. Masukkan ke dalam telur dan gaul kembali bersama bahan-bahan B.
  6. Goreng dalam api besar.

Sumber: Amirah Md Esa dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Meletup

Bahan-bahan A

  • Sotong
  • Bawang putih
  • Garam
  • Lada sulah
  • 1-2 sudu cuka

Bahan-bahan B

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1 sudu garam
  • Sedikit kunyit
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk lada hitam

Cara buat sotong goreng tepung

  1. Basuh sotong dan toskan. Masukkan cuka untuk keluarkan air berlebihan sotong.
  2. Tumbuk halus bawang putih. Masukkan ke dalam sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biarkan selama 10 minit.
  3. Kacau sebati semua bahan-bahan B tanpa perlu tambahkan air.
  4. Panaskan minyak banyak.
  5. Kacau 1 biji telur sekejap dan masukkan sotong.
  6. Celup sotong dalam bahan-bahan B dan goreng sotong sekejap sahaja. Siap.

Sumber: Awatif Osman dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi sotong goreng tepung dari kami. Mudah sahaja kan? Boleh cuba pula di rumah.

Jika ada udang di rumah dan masih mencari resepi, jom cuba resepi udang goreng kunyit yang kami kongsikan ini.

Leave a Comment