3 Resepi Lepat Pisang (Sedap, Manis & Lembut)

Siapa sahaja yang tidak suka akan buah pisang, paling menarik lagi apabila pelbagai kuih yang berasaskan pisang ini cukup manis dan sedap bila dimakan. Kali ini kami ingin kongsikan beberapa resepi lepat pisang yang menjadi kegemaran anda ini.

Jom kita try!

1. Resepi Lepat Pisang Berangan

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu tepung beras
  • 1 1/4 cawan pisang berangan
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula perang nk guna gula putih pun ok
  • Sedikit garam
  • Kelapa parut (optional)
  • Daun pisang layur atas api potong lebar 7″ dan panjang 8″

Cara buat lepat pisang berangan

  1. Caranya campur pisang, gula, tepung, garam dan santan secara sikit-sikit dan agak-agak.
  2. Apabila dah sebati, agak-agak  adunan tak terlalu cairatau keras sangat seterusnya letakkan 1 sudu adunan pisang tadi atas daun dan bubuh sikit kelapa parut.
  3. Balut kemas daun pisang dan buat hingga habis.
  4. Panaskan kukusan terlebih dahulu kemudian kukus selama 20 – 25 minit atau sehingga masak .

Sumber: Shidah Asmuni dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Lepat Pisang (Campuran Tepung Beras + Tepung Gandum)

Bahan-bahan

  • 6 biji pisang
  • 10sb gula merah/brown sugar
  • 1 cawan tepung beras
  • 1.5 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 3sb desiccated coconut (korang guna la kelapa parut) – optional
  • Garam secukup rasa

 

Cara buat lepat pisang

  1. Dalam bowl, satukan pisang + gula + garam.
  2. Lenyek sebati.
  3. Masukkan tepung beras + gandum.
  4. Masukkan santan.
  5. Masukkan desiccated coconut.
  6. Gaul mesra sebati.
  7. Sediakan daun pisang yg dah dilayur dan dibersihkan.
  8. Sudukan 2sb adunan ke atas daun pisang.
  9. Lipat dan bungkus kemas.
  10. Kukus selama 15-20min.

Sumber: Ogyep Manap dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Lepat Pisang Berinti

Bahan-bahan

  • 3 cwn pisang siap dilenyek
  • 1 cwn tepong gandum.
  • 1 sdm tepung pulut atau tepung jagung
  • 3 sd gula merah
  • 3 sdm susu pkt.
  • 3 sdm santan pkt
  • Sedikit garam.

Cara buat lepat pisang berinti

  1. Campur semua bahan. Kalau nak manis boleh letak gula.
  2. Inti kelapa muda diparut putihnya sahaja + garam.
  3. Daun pisang dilayur dan dilap.
  4. Bungkus adunan tadi hingga habis.
  5. Kukus 30 minit.

Sumber: Badariah Abdrahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Sekarang anda dah tahu kan cara mudah nak buat kuih lepat pisang ini? Cukup mudah sebenarnya.

Jom baca beberapa resepi kuih yang mudah kami kongsikan untuk anda.

Selamat menjamu selera!

Leave a Comment