4 Resepi Roti Chicken Floss (Gebu, Lembut dan Enak)

Antara pilihan orang ramai jika ke bakeri ialah roti chicken floss. Rasa roti yang lembut dan berlemak bersama chicken floss yang pedas memberikan rasa yang lengkap dan enak dimakan bila-bila masa. Di sini kami kongsikan resepi roti chicken floss untuk anda cuba.

Jom kita tengok.

1. Resepi Roti Chicken Floss Goreng

Bahan-bahan A

  • 1 cawan tepung Bestari
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 1/4 cawan air

Bahan-bahan B

  • Roti putih
  • Chicken floss
  • Serbuk roti

Cara buat roti chicken floss goreng

  1. Bancuh semua bahan A seperti bancuhan pisang goreng. Ketepikan.
  2.  Potong roti kepada dua bahagian menjadi segi tiga. Lipat menjadi dua bahagian dan masukkan chicken floss ke dalamnya. Lipat semula dan gamkan bahagian tepi roti dengan bancuhan tepung tadi.
  3. Celup roti ke dalam tepung dan gaul bersama serbuk roti.
  4. Panaskan minyak dan gorengkan roti sehingga masak. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Zainoor Aliza Ali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

2. Resepi Roti Chicken Floss Gebu

Bahan-bahan

  • 350g tepung roti / high protein
  • 160ml air sejuk (air suam kalau uli tangan)*
  • 2 sudu besar gula*
  • 1 biji telur*
  • 1 sudu besar instant yis
  • 1 sudu kecil ovalette
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar marjerin

Bahan-bahan sapuan roti

  • 1 cawan mayonis
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara buat roti chicken floss

  1. Campurkan semua bahan bertanda * ke dalam satu bekas dan kacau rata.
  2. Masukkan tepung, garam dan ovalette. Uli sehingga doh rata.
  3. Masukkan marjerin dan uli lagi sehingga doh licin dan elastik. Perap selama 1 jam.
  4. Bila doh sudah naik 2 kali ganda, timbang sebiji doh 50 gram. Boleh dapat 12-14 biji.
  5. Bulatkan dan letak di atas baking paper / paper cup. Perap lagi sehingga 30-40 minit.
  6. Bakar roti pada suhu 170-180°c selama 20 minit api atas bawah.
  7. Potong roti yang sudah siap dibakar di tengah dan masukkan sedikit mayonis ke dalam roti dan sapu di atas roti.
  8. Taburkan chicken floss di atas roti.

Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Roti Chicken Floss Sukatan Cawan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung roti
  • 1 cubit garam
  • 1 sudu besar yis kering
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu full cream sejuk
  • 60ml minyak masak

Cara buat roti chicken floss

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak masak dan uli.
  2. Masukkan minyak masak dan uli lagi sehingga doh tidak melekat di tangan. Doh tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembij.
  3. Perap selama setengah jam.
  4. Tumbuk doh tadi dan bulatkan di dalam loyang mengikut saiz yang diingini.
  5. Biarkan doh naik sedikit. Panaskan oven pada suhu 180°c.
  6. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. Setelah masak, biarkan roti sebentar.
  7. Apabila roti sudah suam, bancuh mayonis dengan sedikit susu pekat dan sapukan pada permukaan roti.
  8. Letakkan chicken floss di atas permukaan roti tadi. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Saya Lieynda dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Roti Chicken Floss Lembut

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum serbaguna cap Lily
  • 3/4 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar instant yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 cawan mayonis
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara buat roti chicken floss

  1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin, mayonis dan susu pekat manis ke dalam 1 bekas. Uli hingga rata dan licin sedikit.
  2. Masukkan marjerin dan uli lagi sehingga doh licin dan elastik. Perap selama 1 jam.
  3. Bila doh sudah naik 2 kali ganda, bahagikan doh kepada 8-10 bahagian.
  4. Bulatkan doh dan letak atas baking paper / paper cup. Perap lagi selama 30 minit.
  5. Bakar roti pada suhu 170-180°c selama 20 minit api atas bawah.
  6. Campurkan mayonis dengan susu pekat manis dan gaul rata.
  7. Potong tengah roti yang sudah dimasak dan masukkan campuran mayonis ke dalam roti dan sapu di atas roti.
  8. Taburkan chicken floss di atas roti. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Senang kan kalau dah pandai buat roti chicken floss ni? Silap-silap kalau dah pandai boleh jual pula.

Jika anda berminat untuk membuat roti lain, kami ada kongsikan pelbagai resepi roti juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment