4 Resepi Brownies (Guna Sukatan Cawan dan Timbang)

Terdapat pelbagai resepi brownies di luar sana, tetapi bila dah cuba selalu tak jadi. Nak buat brownies nampak senang tetapi susah juga. Jangan risau, kami kongsikan beberapa resepi brownies mengikut sukatan cawan atau metriks, anda boleh pilih yang mana senang untuk anda.

Jom kita tengok.

1. Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan

Bahan-bahan A

  • 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan dark / milk chocolate Beryl’s

Bahan-bahan B

  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telur gred A

Bahan-bahan C

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 cubit garam

Cara buat brownies

  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Apabila coklat sudah cair, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Biarkan suam.
  2. Pukul semua bahan B hingga sebati dalam 3 minit. Tidak perlu hingga kembang, hanya menggunakan whisk atau senduk.
  3. Ayak semua bahan C.
  4. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati menggunakan whisk hingga menjadi likat.
  5. Kemudian, masukkan bahan C dan kacau sebati guna senduk. Kaup untuk bagi sekata sahaja, jangan terlebih kacau.
  6. Sapukan mentega pada loyang 8′ x 8′. Alas dengan baking paper dan sapukan lagi mentega.
  7. Panaskan oven pada suhu 160°c. Bakar dalam 40 minit. Bila sudah siap, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven untuk bagi brownies berkedut.

Sumber: Suriani Ilias dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Brownies Biscoff

Bahan-bahan

  • 400g dark chocolate
  • 150 marjerin
  • 100g gula kastor
  • 100g gula perang
  • 100g tepung naik sendiri
  • 30g serbuk koko
  • Biscoff spread
  • Biskut Biscoff

Cara buat brownies

  1. Masak marjerin menggunakan teknik double boiler sehingga cair. Masukkan dark chocolate dan masak lagi sehingga cair.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, gula kastor dan gula perang. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Gaul sekata. Masukkan bahan coklat yang dimasak tadi. Gaul sekata.
  4. Pecahkan biskut dan masukkan ke dalam adunan.
  5. Curah adunan ke dalam loyang. Patahkan biskut dan letakkan di atas adunan brownies. Paipkan Biscoff spread juga.
  6. Bakar pada suhu 160°c selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Noratiqah Nordin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Brownies Chocolate Chip

Bahan-bahan

  • 200g milk chocolate Beryl’s Coin
  • 45g mentega SCS (unsalted)
  • 45g buttercup
  • 45g serbuk koko
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 240g gula kastor
  • 200g tepung gandum Bakers Choice
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • Cip coklat Callebaut

Cara buat brownies

  1. Masak chocolate coin, mentega dan buttercup menggunakan teknik double boil atau cairkan menggunakan microwave.
  2. Terus masukkan serbuk koko dan kacau perlahan kemudian laju sehingga sebati.
  3. Tambahkan telur dan esen vanila. Putar laju sehingga adunan berkilat.
  4. Masukkan gula kastor, putar perlahan kemudian laju sehingga gula kurang nampak berbintik pada adunan dan adunan berkilat.
  5. Masukkan tepung dan baking powder. Putar sehingga adunan pekat dan likat tetapi tidak berkilat.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan coklat cip.
  7. Bakar pada suhu 160-170°c selama 40-45 minit.

Sumber: Fendi Islam dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Brownies Mudah

Bahan-bahan A

  • 3 biji telur gred B
  • 1 cawan gula perang (200g-230g)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan B

  • 250g dark chocolate compound
  • 125g butter

Bahan-bahan C

  • 1 cawan tepung gandum (140g)
  • 1/4 cawan serbuk koko (30g)
  • 1 sudu kfc baking powder
  • 1 cubit garam

Cara buat brownies

  1. Cairkan bahan-bahan B menggunakan double boil atau microwave selama 1 minit.
  2. Ayak bahan-bahan C.
  3. Kacau bahan-bahan A untuk bagi sebati, jangan terlebih kacau.
  4. Dalam bekas asing, kacau sebati bahan-bahan B.
  5. Campurkan bahan-bahan A dan B. Kacau rata.
  6. Masukkan bahan-bahan C yang sudah diayak. Kacau rata lagi sehingga berkilat dan tidak berketul. Boleh masukkan kacang jika mahu.
  7. Guna loyang 9 atau 10 inci. Lapikkan dengan baking paper atau parchment paper.
  8. Masukkan adunan dan bakar pada suhu 145-165°c selama 30-40 minit bergantung pada oven masing-masing. Setelah masak, tunggu dalam 10 minit untuk jadi berkedut.

Sumber: Ida Mohd Ali dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi brownies dari kami. Confirm sedap dan jadi!

Kami juga ada kongsikan resepi kek yang lain mudah sahaja di sini untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment