3 Resepi Kacang Pool (Buat Roti, Sarapan Ala Johor Bahru)

Kacang Pool merupakan menu yang cukup popular untuk sarapan pagi di Johor Bharu. Menu sampingan yang dihidangkan bersama kacang pool ini ialah roti bakar putih yang tebal. Apa kata anda cuba pula resepi kacang pool yang kami sediakan ini, tak perlu lagi nak ke Johor Bahru untuk merasa kacang pool yang sedap ini.

Jom kita try!

1. Resepi Kacang Pool Johor

Bahan-bahan

  • Bawang Holland (potong kiub)
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili padi (optional)
  • Serbuk beriani 1sudu besar
  • Serbuk kari 3sudu besar
  • Lada sulah
  • Kacang panggan tin(separuh blend/separuh lagi biar sebiji-biji)
  • Daging kisar (separuh paket)

 

Cara buat kacang pool Johor

  1. Tumiskan bahan yang dicincang
  2. Masukkan rempah dan lada sulah, tambah  air sikit, dah pecah minyak msukkan daging.
  3. Biarkan sampai air daging kering sikit masukkan kacang, tambah air ikut kepekatan yang anda nak.
  4. Bakarkan roti, hiriskan bawangg merah dan cili padi, telur sbiji dan limau sambal.

Sumber: Nor Ain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kacang Pool JDT

Bahan-bahan

  • 300g daging/ayam kisar
  • 1 tin kacang foul (kacang parang dalam tin)
  • 1 tin kacang panggang (baked beans)
  • 1 biji tomato didadu
  • 3 ulas garlic *
  • 4 ulas bwg merah *
  • 1 cm halia *

Kisar bahan *

  • 2 sdm rempah kari daging^ @RempahRatusMakSiti
  • 1 sdk serbuk lada hitam^ @RempahRatusMakSiti
  • 1 sdm serbuk kurma^ RempahRatusMakSiti
  • Bancuh bahan ^ dengan air jadikn paste rempah
  • 1 sdm myk sapi
  • 1 sdm myk masak
  • Air secukupnya
  • Garam n gula secukupnya

Bahan sampingan

  • Telur goreng mata
  • Potongan cili hijau
  • Bwg besar potong dadu
  • Limau kasturi

Cara buat kacang pool JDT

  1. Cuci daging/ayam kisar dan toskan. Toskan air kacang foul dan lenyek bersama kacang panggang.
  2. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan rempah @RempahRatusMakSiti dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging/ayam kisar dan masak hingga daging/ayam keperangan.
  5. Masukkan kacang foul, kacang panggang yang dilecek dan tomato, kacau sebati. Masukkan air secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula. Hidangkan bsma roti bakar dan bahan sampingan.

Sumber: Kerororyz Royz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kacang Pool Favourite 1 Famili

Bahan-bahan

  • 1 pack daging cincang
  • 1 tin kacang panggang
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, garam masala, serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit lada hitam kasar
  • Sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan sedikit halia (kisar atau cincang)

 

Cara buat kacang pool

  1. Masuk minyak sapi, tumis semua bawang cincang, masuk daging. Masak sedikit masuk semua rempah ratus + sikit air, masak sampi pecah minyak dan rempah masak.
  2. Lepas betul-betul dah maska + kacang panggang yang dihancurkan, tambah 1 cawan air, masak sampai agak pekat dan tambah garam.
  3. Goreng telur gedik, tambah bawang holland, atau boleh tambah hirisan limau.
  4. Bakar roti benggali dengan planta.

Sumber: Noor Azni dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan nak buat resepi kacang pool ini. Selepas ini dah tak perlu datang Johor semata-mata nak rasa kacang pool, buat sendiri dekat rumah sahaja.

Anda minat makan yong tau fu? Tertanya-tanya bagaimana resepi sos yang tau fu yang sedap? Jom baca resepi yong tau fu yang kami sediakan untuk anda ini.

Selamat menjamu selera!

Leave a Comment