3 Resepi Begedil Daging Simple (Cara Buat Bergedil Kentang)

Resepi begedil daging ini tidak semestinya begedil kentang sahaja, tapi boleh juga diolah menjadi resepi lain seperti tauhu begedil. Senang kata jika anda kreatif, boleh dipelbagaikan lagi resepi berasaskan begedil daging.

Izinkan kami berkongsi resepi begedil daging untuk anda.

1. Resepi Begedil Kentang Daging

Bahan-bahan

  • 5 biji kentang digoreng dan lecek
  • 1 peket (400g) daging kisar
  • Daun sup di cincang
  • Bawang goreng
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa

Cara buat begedil kentang daging

  1. Satukan semua. Bulat-bulatkan sehingga habis .
  2. Simpan sekejap dalam peti ais supaya mudah menggoreng nanti.
  3. 1 biji telur (untuk salutan mengoreng)
  4. Goreng sebentar jika ingin frozenkan.

Sumber: Sabariah Bahasar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

2. Resepi Popia Begedil Daging

Bahan-bahan

Inti

  • Daging/ayam kisar 200g
  • Kentang 4 biji — goreng dan tumbuk lumat
  • Daun bwg racik
  • Cili besar racik
  • 1 sdb bawang goreng
  • 1 labu bawang besar potong dadu
  • Garam
  • Perasa
  • Lada hitam serbuk
  • Lada sulah
  • Telur untuk goreng
  • 1 sdt tepung jagung
  • Kulit popia

Cara buat popia begedil daging

  1. Daging/ayam kisar goreng dengan bawang besra dadu, saute sampai air kering, tambah/suai rasa. Siap, sejukkan.
  2. Campur kentang yang dah siap lenyek halus tadi dengan ayam/daging kisar, daun bawang, bawang goreng, dan cili racik.
  3. Gaul semua dan kepal-kepalkan dan gulung dengan kulit popia.
  4. Celupkan popia dengan telur yang telah di tambah tepung jagung dan goreng sampai keemasan.
  5. Toskan. Siap!

Sumber: Bychepuan Sue dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Tauhu Begedil

Bahan-bahan

Tauhu

  • 2 bungkus tauhu potong (X) atasnya
  • 10 biji kentang direbus
  • Daging cincang keringkan dalam kuali, campur serbuk lada hitam dan daun sup
  • Serbuk lada putih, satu cawan bawang goreng, garam secukup rasa.

Kuah Kicap

  • Secawan cilipadi
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang besar
  • Semuanya digoreng

Cara buat tauhu begedil

  1. Hancurkan kentang, gaulkan dengan semua bahan.
  2. Bulatkan dan masukkan kedalam tauhu yang telah di belah X
  3. Celupkan kedalam telur yang telah dicampur sedikit tepung beras dan goreng.

Kuah Kicap

  1. Kisar dengan secawan kicap manis, satu sudu kecil garam, setengah cawan sos cili, setengah cawan bawang goreng.
  2. Perahkan 5 biji limau kasturi dan siap.

Sumber: Manja Manja dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Ada pelbagai resepi begedil daging yang boleh anda cuba dirumah. Resepi yang cukup mudah kami kongsikan dengan anda.

Jika anda mencari resepi daging goreng kunyit, jom baca resepi ringkas ini.

Leave a Comment