3 Resepi Kari Kepala Ikan (Simple & Sedap, Mamak Style)

Siapa peminat kari memang tak sah jika tidak mencuba resepi kari kepala ikan. Kalau anda order di kedai harga kari kepala ikan ini boleh dikatakan mahal juga tapi bergantung kepada size kepala ikan tersebut. Jadi dari anda beli di kedai, apakata anda cuba sendiri dirumah, jimat kan?

Jom kita try!

1. Resepi Kari Ikan Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • Bawang putih 5 ulas
  • Daun kari, halba campur
  • Rempah kari babas Hot
  • Asam Jawa
  • Kepala ikan
  • Garam
  • Tomato
  • Bendi

 

Cara buat kari kepala ikan tanpa santan

  1. Tumis bawang putih 5 ulas + daun kari + halba campur.
  2.  Masuk rempah kari ikan Babas hot yang dah dibancuh pekat.
  3. Kacau sampai pecah minyak. Jika kering tuang lagi sikit minyak masak kacau lagi lebih kurang 10 minit (**Rahsia kari sedap masak rempah lama dan kuah akan jadi pekat walau tanpa santan)
  4. Masuk air + perahan asam jawa.
  5. Masuk ikan tunggu sampai masak dan kuah sedikit likat. Perasakan dengan garam.
  6. Tutup api, masuk tomato. Boleh angkat.
  7. Jika tak abis tak perlu simpan dalam peti pun tak basi.

Nota: Bendi rebus asing tak masuk sekali untuk rasa rangup dan manis bendi.

Sumber: Siti Mardiana Mohd Shariff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kari Kepala Ikan Mamak Style (Ikan Merah)

Bahan-bahan

  • Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
  • Kacang bendi
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • Tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
  • Garam dan sedikit gula
  • Air asam jawa

Cara buat kari kepala ikan mamak style

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.

Sumber: Nadia Ali II dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kari Kepala Ikan Nyok-Nyok

Bahan-bahan

Bahan tumis

  • 1 sudu kecil halba campur
  • Daun kari ikut suka
  • 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 3@4 ulas bawang merah (hiris nipis)

Bancuhan rempah

  • 1 paket rempah kari ikan babas
  • Serbuk cili
  • Asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit hirisan bawang merah & putih
  • Air
  • (Kacau semua skali bg sebati)
  • Ikan (ikut suka)
  • Santan
  • Bendi
  • Tomato
  • Cili muda@cilipadi
  • Daun kari
  • Serbuk perasa megi

 

Cara buat ikan nyok-nyok

  1. Tumis semua bahan-bahan  diatas hingga kekuningan.
  2. Masukkan bancuhan rempah, kacau sebati dan biarkan sampai rempah pecah minyak.
  3. Masukkan ikan (ikut suka ikan apa yang kita suka) kacau bagi ikan mesra dengan rempah, masukkan sedikit saja santan dan tambah air, masukkan bendi,tomato,cili muda@cilipadi.
  4. Perasakan dengan serbuk perasa megi, biarkan kuah mendidih,tutup api dan biarkan sekejap.
  5. Akhir sekali tabur daun kari untuk menaikkan lagi aroma gulai dan siap.

Sumber: Puan Norsyahida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Ikan apa sedap masak kari?

Berdasarkan resepi ini, antara ikan yang sedap masak kari ialah ikan jenahak, ikan merah dan ikan nyok-nyok.

Apa-apa pun, terpulang pada diri sendiri.

Kalau suka ikan kembung, itu pun sedap masak kari.

Apa yang kami nyatakan di atas tadi itu hanyalah sekadar cadangan dan idea sahaja. Anda bebas menggunakan apa-apa sahaja jenis ikan.

Sekarang, tak perlu lagi anda nak ke kedai mamak jika teringin kari kepala ikan, anda boleh cuba sendiri resepi kari kepala ikan ini di rumah. Jimat kan?

Jika anda peminat resepi asam pedas, jom baca resepi yang kami kongsikan dengan anda ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment