4 Resepi Mushroom Soup (Pekat & Berlemak, Ala Pizza Hut)

Garlic bread memang enak dimakan dengan mushroom soup. Resepi mushroom soup yang kami kongsikan sebentar lagi memang sedap ala-ala Pizza Hut. Selepas buat mengikut resepi kami ini, pasti anda tak pandang dah mushroom soup yang dijual di kedai.

Jom tengok resepi mushroom soup ini.

1. Resepi Mushroom Soup

Bahan-bahan

  • 300ml air
  • 500ml susu kotak
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan tepung gandum (dibancuh dengan air)
  • 1 sudu mentega
  • 4 biji cendawan king oyster (potong dadu)
  • Oregano kering

Cara buat mushroom soup

  1. Masak air dan susu sehingga mendidih.
  2. Masukkan kiub pati ayam dan lada hitam. Kacau sebati.
  3. Masukkan pula cendawan dan mentega. Kemudian tepung dah sudah dibancuh. Kacau supaya tidak berketul.
  4. Taburkan garam dan masak sehingga mendidih. Boleh tambahkan air jika kuah pekat.
  5. Taburkan oregano dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Farhana Mispan dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Mushroom Soup Pekat Berlemak

Bahan-bahan

  • 10 paket Enoki Mushroom
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar oregano
  • 2 sudu besar garam
  • 2 liter susu kotak
  • 3 kiub ayam
  • Air
  • Minyak masak
  • 300g tepung gandum
  • 5 sudu besar marjerin

Cara buat mushroom soup

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang besar sehingga layu dan masukkan semua cendawan. Kacau hingga cendawan layu.
  2. Tambahkan air, serbuk lada hitam, kiub ayam, oregano dan garam. Tunggu hingga mendidih.
  3. Kemudian, masukkan campuran tepung gandum dan marjerin.
  4. Kisar semua bahan sehingga halus. Masukkan susu kotak dan kacau sehingga masak.
  5. Panaskan marjerin di dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Masak sehingga keperangan. Angkat dan masukkan ke dalam periuk sup.

Sumber: Zuriffah Omar dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Mushroom Soup

Bahan-bahan

  • Cendawan (potong nipis)
  • 100g mentega
  • 1 ketul kiub ayam
  • Serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang Holland (potong nipis atau dadu)
  • 2 cawan susu low fat
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Air
  • Garam

Cara buat mushroom soup

  1. Cairkan mentega, masukkan bawang dan tumis sehingga layu.
  2. Masukkan cendawan dan kacau rata sehingga layu. Tambahkan tepung dan kacau rata.
  3. Masukkan kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.
  4. Tuang susu dan kacau rata. Masukkan air dan biar mendidih sebentar, Tutup api.
  5. Masukkan bahan ke dalam blender dan kisar. Jika ada hand blender, terus kisar di dalam periuk. Kisar sehingga halus.
  6. Masak sekali lagi dan perasakan dengan garam. Adjust kepekatan mengikut citarasa anda. Biarkan mendidih dan siap.

Sumber: Chek Kuna Ahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Mushroom Soup Ala Pizza Hut

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 3 batang celery (dipotong kecil)
  • 1 paket cendawan shiitake
  • 1 paket cendawan pilihan
  • 1 tin susu sejat
  • 2 sudu Italian Herbs
  • Garam dan gula

Cara buat mushroom soup

  1. Tumis bawang putih dan besar.
  2. Masukkan semua cendawan dan celery. Asingkan 5 biji cendawan shiitake dan potong dadu untuk dimasukkan kemudian. Jangan kisar sekali yang ini.
  3. Masukkan air paras sehingga semua bahan tenggelam. Masak dan sejukkan sebentar.
  4. Kisar bahan tadi dan masukkan ke dalam periuk dan masak lagi.
  5. Tambahkan susu sejat dan cheese. Perasakan dengan garam dan gula.

Sumber: Fitri Norshakila Muhamad dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sedap dan menggiurkan betul semua resepi mushroom soup ini. Boleh anda cuba pula selepas ini. Nak jual pun boleh.

Selamat mencuba!

Leave a Comment