3 Resepi Garlic Bread (Ada Banyak Cara, Semuanya Sedap dan Mudah)

Minum petang sangat enak jika dihidang dengan garlic bread dan sup cendawan. Sebenarnya tak susah pun untuk buat garlic bread ini. Ada pelbagai resepi juga garlic bread ini.

Di sini kami kongsikan beberapa resepi garlic bread untuk anda cuba sendiri di rumah.

1. Resepi Garlic Bread Sliders Homemade

Bahan-bahan

  • Daging hancur
  • Serbuk Rosemary, Thyme, Paprika, Hot Chili
  • Bawang holland (didadu)
  • Wholemeal bun/ roti burger
  • Olive oil
  • Cheddar cheese slice
  • Butter (dicairkan)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Daun basil (cincang halus)

Cara buat garlic bread

  1. Perap daging bersama serbuk di atas dan sedikit garam.
  2. Campurkan butter cair, bawang putih dan daun basil.
  3. Letak sedikit olive oil. Masukkan daging dan masak sehingga bertukar warna.
  4. Masukkan bawang holland dan masak sehingga daging empuk. Ketepikan.
  5. Potong roti di tengah, susun cheese, daging dan cheese.
  6. Tuang dan ratakan bancuhan butter tadi ke atas roti.
  7. Bakar pada suhu 170 selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga cheese cair dan bawang putih menjadi keperangan.

Sumber: Raja Amalina dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Garlic Bread Spread

Bahan-bahan

  • 2 labu bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu besar mixed herbs
  • Marjerin

Cara buat garlic bread spread

  1. Panaskan 1 sudu besar marjerin guna api perlahan.
  2. Tuang bawang putih yang telah dicincang.
  3. Setelah bawang mula naik bau dan sedikit garing, masukkan mixed herbs dan kacau rata.
  4. Tunggu mixed herbs naik bau dan tutup api.
  5. Dalam bekas lain, masukkan 9 sudu besar marjerin. Tambahkan bawang putih dan mixed herbs yang telah dimasak tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.

Cara buat garlic bread

  1. Sapu tipis spread pada roti.
  2. Bakar atas pan non stick. Sedia untuk dimakan.

Sumber: Afy Al Habibi dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Garlic Bread Cheese

Bahan-bahan

  • 1/3 cawan susu suam
  • 1 sudu teh yis
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh butter
  • 2 sudu besar minyak bunga matahari
  • 1 cawan tepung roti
  • 2 sudu besar bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu besar oregano kering
  • 1 sudu besar parsley kering
  • Mozarella cheese

Cara buat garlic bread cheese

  1. Campukan susu dengan yis dan gula. Selepas 5 minit boleh campurkan bahan kering lain dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Perap selama 1 jam.
  2. Gelek doh seperti buat pizza.
  3. Sapu butter cair dan bawang putih.
  4. Tabur bawang putih dan cheese.
  5. Lipat doh kepada dua dan potong-potong. Perap dalam 30 minit dan bakar sehingga masak.
  6. Selepas masak sapukan butter cair dengan bawang putih.

Sumber: Geng Aisya dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Banyak juga resepi garlic bread ini, resepinya juga berbeza dan sedap-sedap. Boleh anda cuba pula di rumah selepas ini.

Di sini juga terdapat banyak lagi resepi lain yang menarik untuk anda. Jemput baca!

 

Leave a Comment