4 Resepi Bihun Singapore (Mudah, Sedap & Berkhasiat)

Antara sarapan pagi yang senang dan berkhasiat ialah bihun singapore. Resepi bihun singapore memang lengkap dengan karbohidrat, protein dan sayuran.  Kalau anda sedang mencari resepi untuk bihun ini, jom kita tengok beberapa resepi yang kami kongsikan di bawah.

1. Resepi Bihun Singapore Simple

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun (rendam dalam air biasa selama 20 minit)
  • 4 biji bawang merah / 1 biji bawang Holland*
  • 5-6 ulas bawang putih*
  • 2 sudu makan udang kering*
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Udang atau daging (dihiris)
  • 3 biji telur
  • Kucai
  • Sayuran – lobak, sawi, tauge

Cara buat bihun singapore

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Goreng telur dan ketepikan.
  3. Goreng udang separuh masak. Ketepikan.
  4. Tambahkan minyak dan tumis bahan kisar sehingga perang. Kalau guna daging boleh masukkan.
  5. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
  6. Masukkan bihun dan kacau rata.
  7. Masukkan udang dan telur diikuti dengan sayuran. Gaul sebati dan tunggu sehingga masak.

Sumber: Arif Eddy dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Bihun Singapore Rempah Sup

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • 3 sudu rempah sup
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Sayuran

Cara buat bihun singapore

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah sup dan tambahkan air. Tunggu sehingga rempah masak dan masukkan ayam dan lobak.
  3. Masukkan serbuk lada putih dan lada hitam secukup rasa.
  4. Masukkan bihun yang sudah direndam. Gaul rata.
  5. Masukkan sayuran lain jika ada. Tabur dengan cili merah dan daun sup. Hidang bersama telur goreng gulung atau cincang.
  6. Boleh dimakan bersama cili potong.

Sumber: Nurrussaadah Mohd Azilah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Bihun Singapore Seafood

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun
  • 2 sudu besar cuka
  • 3 ekor sotong
  • 15 ekor udang
  • 3 keping fish cake
  • 15 biji fishball
  • 1 genggam ikan bilis tumbuk
  • 2 sudu besar udang jerangau
  • 1 sudu besar udang kering (direndam dan ditumbuk bersama bawang)
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu besar sos tiram

Cara buat bihun singapore

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih udang kering dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  3. Apabila sudah garing, masukkan sos tiram, gula dan garam.
  4. Masukkan air rendaman ikan bilis, protein, sayuran dan telur.
  5. Tambahkan cuka dan bihun. Gaul sehingga masak dan perasakan mengikut citarasa anda.

Sumber: Siti Fatihah dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Bihun Singapore

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun (rendam dengan air paip selama 1 jam)
  • Sayuran
  • 1 paket kecil lada hitam (dikisar)
  • Sedikit udang
  • Sedikit isi ayam (dipotong kecil)
  • Daun bawang / daun sup
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

Cara buat bihun singapore

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air.
  2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Tumis bawang yang sudah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada hitam, diikuti dengan isi ayam dan udang. Kacau seketika.
  4. Masukkan sayuran dan tambahkan air. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Toskan bihun yang direndam dan masukkan bihun. Goreng sehingga bihun lembut. Masukkan tauge, daun sup dan daun bawang. Kacau sedikit dan tutup api.

Sumber: Siti Naquiah Zulkifli dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi bihun singapore mudah dan sedap dari kami. Terdapat pelbagai cara dan anda boleh pilih mengikut citarasa anda, yang pasti semuanya memang sedap.

Kami juga ada kongsikan resepi bihun goreng yang sedap dan mudah di sini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment