3 Resepi Burasak (Cara Buat & Masak Makanan Bugis)

Burasak merupakan antara hidangan wajib bagi kaum Bugis. Walaupun kaum ini dominan di Indonesia, namun terdapat juga warga Malaysia yang mempunyai keturunan Bugis. Resepi burasak ini tidak sukar namun agak lama untuk dimasak. Kebiasaannya, burasak enak dimakan bersama asam pedas ikan parang. Selain itu, burasak juga enak dimakan dengan rendang ayam, rendang daging, dan lain-lain. Sebab itu kita selalu nampak hidangan burasak pada hari Raya sahaja.

Jom tengok resepi burasak yang kami kongsikan.

1. Resepi Burasak

Resepi ini adalah untuk 10 orang makan.

Bahan-bahan

  • 1kg beras wangi
  • 1 biji kelapa diparut dan diperah
  • Garam
  • Daun pucuk pisang bersaiz A4
  • 3 jengkal daun pisang tua

Cara membuat burasak

  1. Basuh beras 2 hingga 3 kali.
  2. Panaskan santan hingga mendidih. Apabila sudah mendidih, kecilkan api.
  3. Masukkan garam secukup rasa. Apabila santan sudah berubah warna, padamkan api.
  4. Tuang santan panas ke dalam beras sambil digaul.
  5. Biarkan beras lembab sedikit dan agak merata.
  6. Lipat nasi macam lipat kuih lepat, jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
  7. Susun bungkusan berlima dengan tali rafia. Mulakan balutan dari hujung ke hujung dan simpul di tempat permulaan.
  8. Rebus selama 1-3 jam (lebih lama lebih enak).
  9. Angkat dan tos seperti merebus ketupat. Buka tali dan buang daun pisang tua. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Burasak Dan Patloh

Campurkan santan segar dan santan kotak untuk tahan lebih lama.

Bahan-bahan

  • Beras nasi
  • Beras pulut
  • Santan
  • Garam
  • Daun pisang nipah muda

Cara buat burasak

  1. Tanak nasi, santan dan garam secukup rasa ala-ala nasi lemak.
  2. Balut dengan daun pisang seperti balut lepat.
  3. Tindih 6 keping burasak dan balut dengan daun pisang tua dan ikat dengan tali kemas-kemas.
  4. Rebus seeloknya 4 jam ke atas.
  5. Untuk patloh, kukus pulut. Kemudian, gaulkan dengan santan dan garam.
  6. Kukus lagi sekali.
  7. Bentukkan segi tiga dan balut dengan daun pisang.
  8. Susun 5 dan balut dengan daun tua pula.
  9. Rebus selama 4 sehingga 8 jam.

Sumber: Aida Ibrahim dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

3. Resepi Burasak Bugis

  • 1kg beras
  • 1kg santan
  • 1 sudu garam
  • Daun pisang muda yang masih bergulung
  • Daun pisang besar lebar
  • Tali rafia

Cara buat burasak

  1. Basuh beras sehingga bersih dan ketepikan.
  2. Masak santan dan garam di atas api, bagi panas dan garam larut sahaja jangan sehingga mendidih.
  3. Tuang santan ke dalam beras tadi.
  4. Masak di atas api perlahan, gaul sehingga beras masak dan lembap dan masih bersantan.
  5. Letakkan nasi di atas daun pisang dalam 2 sudu. Padatkan dan bungkus seperti lepat.
  6. Siapkan 5 bungkus dan bungkus besar gunakan daun pisang lebar. Balut dan ikat dengan tali rafia.
  7. Rebus lebih kurang 3-4 jam.

Sumber: Emma Nazatulbiha dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi burasak dari kami. Burasak ini boleh juga dijadikan hidangan Raya, baru special. Almaklumlah, nak buat burasak ini walaupun nampak senang, tetapi lama juga.

Kalau nak buat nasi minyak atau nasi lemak, ikut sahaja resepi yang kami kongsikan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment