4 Resepi Pengat Ubi Kayu (Sedap Berlemak Manis)

Dulu-dulu, masyarakat kita menjadikan ubi kayu sebagai antara makanan ruji sebab senang, murah dan jimat. Makan dengan kelapa parut dan ikan masin. Sekarang dah jarang begitu, ubi kayu hanyalah makanan sampingan untuk minum petang. Resepi pengat ubi kayu menjadi pilihan sebab sedap dan manis. Kalau nak berlemak hanya masukkan santan sahaja.

Jom tengok resepi yang kami kongsikan ini.

1. Resepi Pengat Ubi Kayu Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • 3 tongkol ubi kayu putih
  • 3 senduk besar gula pasir
  • 5 helai daun pandan
  • 1 sudu teh garam

Cara buat pengat ubi kayu

  1. Rebus ubi dengan garam. Sukatan air hanya untuk tenggelamkan ubi sahaja.
  2. Rebus sehingga lembut dan gebu. Toskan.
  3. Hanguskan gula dengan api perlahan.
  4. Setelah keperangan, letakkan 2 cawan air dan daun pandan.
  5. Masak sehingga gula betul-betul cair.
  6. Kemudian, masukkan ubi dan masak sekejap.
  7. Kacau sebati dan boleh sesuaikan mengikut rasa.

Sumber: Razzyatt Urutan Tradisional dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Pengat Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • Ubi kayu
  • 1 kotak santan
  • 2 kotak air masak (guna kotak santan)
  • Garam
  • Gula kabung
  • Gula putih
  • Sagu (cuci dan rendam sebentar)
  • Daun pandan

Cara buat pengat ubi kayu

  1. Buang kulit ubi, cuci dan potong kepada 2 bahagian.
  2. Rebus dengan air dan daun pandan sehingga empuk. Ubi tak perlu dikacau.
  3. Masukkan gula kabung dan garam.
  4. Kacau perlahan dan masukkan santan.
  5. Bila pengat dah mula mendidih, masukkan sagu. Tambah air jika perlu.
  6. Masak dengan api perlahan sambil kacau perlahan sehingga sagu jernih dan ubi empuk.

Sumber: Cik Puan Ima Azimah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Pengat Ubi Kayu Simple

Bahan-bahan

  • Ubi kayu
  • Santan
  • Nisan atau gula melaka
  • Sedikit garam

Cara buat pengat ubi kayu

  1. Buang kulit dan potong ubi.
  2. Satukan semua di dalam periuk dan masak selama 15 minit.

Sumber: Dahlia Rahman dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Pengat Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • Ubi kayu
  • Santan
  • Nisan / gula melaka
  • Daun pandan
  • Gula pasir
  • 1 cubit garam

Cara buat pengat ubi kayu

  1. Rebus ubi hingga separuh masak.
  2. Buang air rebusan pertama.
  3. Tambahkan air dan santan, nisan dan daun pandan/.
  4. Masak sehingga pekat atau ubi masak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.

Sumber: Mi Mie dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi pengat ubi kayu dari kami. Semoga anda mendapat manfaat dan jangan lupa nak cuba pula resepi ini.

Kalau anda ada banyak lebihan ubi kayu, boleh juga cuba untuk buat bingka, ubi getuk dan kek. Boleh tengok di resepi ubi kayu di sini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment