3 Resepi Ambuyat (Hidangan Negeri Di Bawah Bayu)

Ambuyat merupakan salah satu hidangan tradisi masyarakat di Sabah, dan dikenali sebagai linut di Sarawak. Resepi ambuyat agak senang kerana ia hanya diperbuat daripada bahan berkanji dan hanya dicampur dengan air sahaja. Ambuyat akan dimakan bersama sambal belacan atau pencicah, ada juga yang dimakan bersama sayur kangkung dan ikan goreng.

Kami ada kongsikan beberapa resepi ambuyat untuk anda, jom tengok.

1. Resepi Ambuyat / Kampurung

Bahan-bahan ambuyat

  • Tepung ubi
  • Air

Bahan-bahan kangkung

  • Ikan bilis (goreng dan kisar kasar)
  • Kangkung
  • Kacang panjang
  • Sardin (hancurkan)
  • Bawang merah dan bawang putih (optional)

Bahan-bahan sambal belacan

  • Cili api
  • Belacan (dibakar dahulu)
  • Tomato
  • Garam
  • Air perahan limau
  • Sedikit gula

Cara buat ambuyat

  1. Untuk ambuyat, kacau tepung ubi dengan air biasa sehingga tak berketul.
  2. Panaskan api sederhana sehingga warna tepung bertukar menjadi jernih.
  3. Untuk membuat kangkung, goreng ikan bilis dan kacang tanah. Asingkan.
  4. Gunakan minyak tadi untuk tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan sardih dan kacau sehingga naik bau, tambahkan air.
  6. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan kacang panjang dan kangkung.
  7. Perasakan dan tutup api.
  8. Untuk sambal belacan, campurkan semua bahan dan tumbuk.
  9. Perasakan mengikut cita rasa anda.

Sumber: Zakwan Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni

2. Resepi Ambuyat

Boleh dimakan bersama sambal belacan.

Bahan-bahan

  • 300g tepung ubi
  • 500ml air

Cara buat ambuyat

  1. Sebatikan dahulu air dan tepung.
  2. Setelah sebati, buka api perlahan dan gaul.
  3. Gaul perlahan sehingga menjadi putih jernih.

Sumber: Geraldine Suling dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ambuyat

Bahan-bahan

  • Tepung ubi
  • Air biasa
  • Air panas menggelegak

Cara buat ambuyat

  1. Bancuh tepung ubi dengan air biasa.
  2. Kemudan, tuang air panas yang menggelegak ke atas tepung tadi. Tuang sehinggan tepung ubi menjadi jernih.
  3. Kacau sebati dan boleh dimakan bersama sambal belacan atau kuah ikan.

Sumber: Sheril Aida dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan nak buat ambuyat ini? Sesekali nak rasa, apa salahnya. Nak buat pun senang.

Kalau anda peminat makanan Indonesia, boleh cuba resepi bakwan ini pula. Bagi peminat makanan Filipina, boleh cuba buko pandan.

Selamat mencuba!

Leave a Comment