4 Resepi Halwa Maskat (Sajian Tradisional Yang Semakin Hilang)

Hidangan halwa maskat merupakan antara manisan terkenal pada zaman dahulu. Hidangan ini sering disalah sebut seperti dodol kerana cara buat dan rupanya lebih kurang sama. Jom tengok resepi halwa maskat ini. Cara buatnya memang agak payah dan cerewet, tetapi wajib dicuba rasanya.

1. Resepi Halwa Maskat

Bahan-bahan

  • 600g tepung gandum
  • 1.8kg gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 tin kecil minyak sapi

Cara buat halwa maskat

  1. Jadikan tepung gandum sebagai doh.
  2. Masukkan air hingga doh tenggelam.
  3. Gosok doh sehingga tinggal getah tepung sahaja. Biarkan semalaman. Air hendaklah selalu ditukar.
  4. Masak air gula dengan 1 jag air sehingga mendidih.
  5. Masukkan tepung dan kacau selama 3 jam sehingga menjadi.

Sumber: Maziah Khairul dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Halwa Maskat Utara

Bahan-bahan

  • 1/2kg tepung gandum
  • 1/2kg gula pasir
  • 250g gula batu
  • 500ml minyak jagung
  • 500ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu makan pewarna kuning

Cara buat halwa maskat

  1. Uli tepung seperti uli donat.
  2. Isikan air di dalam besen, guna penapis santan dan tapis tepung sambil golekkan tepung hingga keluar air putih.
  3. Tapis sehingga adunan tepung menjadi getah dan buang getah tersebut.
  4. Biarkan air dalam besen tadi mendap dan buang air jernih, gantikan air baru. Ulang sebanyak 3 kali.
  5. Masak gula pasir, gula batu dan daun pandan sehingga hancur. Buang daun pandan.
  6. Buang air jernih di dalam besen dan masukkan tepung yang mendap ke dalam air gula.
  7. Masukkan pewarna dan kacau tanpa henti.
  8. Apabila sudah likat sedikit, masukkan minyak sedikit-sedikit sehingga nampak berkilat.
  9. Kacau sehingga masak, dan tutup api. Simpan di dalam bekas.

Sumber: MakTam Madiah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Halwa Maskat Diraja

Bahan-bahan

  • 1kg tepung gandum
  • Air tapis
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna kuning
  • 2 cawan gula pasor
  • 1 cawan gula batu
  • 1 sudu teh air mawar
  • Daun pandan
  • 2.5 cawan minyak sapi / minyak zaitun
  • Badam / gajus panggang

Cara buat halwa maskat

  1. Campurkan tepung dengan air dan uli sehingga menjadi doh seperti doh roti canai, pastikan licin dan tidak melekat.
  2. Basuh tepung perlahan-lahan dengan air sehingga keluar getah.
  3. Perap air di dalam bekas tinggi supaya senang asing air dengan mendapan tepung.
  4. Tukar air 3 kali setiap pagi jadi semua 4 kali (4 hari 4 malam)
  5. Pada hari kelima, buang air mendapan. Masukkan tepung ke dalam periuk non-stick.
  6. Masak gula pasir, gula batu, air mawar dan daun pandan di dalam periuk asing.
  7. Tambahkan garam dan pewarna kuning ke dalam tepung. Kacau atas dapur pada api sederhana.
  8. Apabila sudah berketul jernih, masukkan air gula tadi.
  9. Kemudian, masukkan minya dan kacau sebati.
  10. Taburkan badam atau gajus panggang.

Sumber: Zainov Zack Hanif dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

4. Resepi Halwa Maskat Tradisional

 Bahan-bahan

  • 750g tepung gandum
  • 1.8kg gula
  • 1kg minyak

Cara buat halwa maskat

  1. Masak gula bersama daun pandan menjadi air gula.
  2. Uli tepung seperti uli donat.
  3. Masukkan air, uli tepung bagi keluar air putih sehingga tinggal getah sahaja.
  4. Buang air getah dan kacau air tepung dengan gula.
  5. Letakkan pewarna kuning dan masak sambil kacau sehingga naik gelembung dan pecah.
  6. Masukkan minyak dan siap.

Sumber: Shameela Abd Rahman dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Memang agak susah untuk buat halwa maskat ini, kena sentiasa dikacau seperti dodol. Tetapi, anda pasti puas hati kalau dapat merasa pemanis mulut ini. Kalau rajin, sesekali buat apa salahnya kan.

Jika anda suka membuat kuih, boleh juga tengok resepi seri muka dan tepung talam ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment