4 Resepi Ayam Masak Palembang (Rasa Original, Mudah Sahaja)

Ayam masak palembang merupakan antara hidangan yang terdapat di dalam nasi ambeng. Lauk ini memang sangat sedap, rasanya ala-ala masak kicap tetapi terdapat rasa kari dan santan di dalamnya. Resepi ayam palembang ini merupakan resepi dari Jawa dan tak susah untuk dibuat. Bahan-bahannya juga memang terdapat di dalam dapur kita.

Jom tengok resepi ini.

1. Resepi Ayam Masak Palembang Mudah

Bahan-bahan

  • 3 labu bawang besar (dikisar)
  • 8 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 genggam daun kari
  • Kicap manis secukupnya
  • Kiub pati ayam (pilihan)
  • 6 sudu besar cili kering (dikisar)
  • 1 biji kelapa santan
  • 1 kilo ayam
  • Serbuk perasa

Cara buat ayam masak palembang

  1. Goreng ayam separuh masak.
  2. Tumis bahan kisar sehingga air kering.
  3. Kemudian, masukkan cili kering. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kicap manis secukupnya. Boleh tambah kicap pekat kalau nak pekat dan hitam.
  5. Masukkan ayam dan kacau. Tambahkan santan.
  6. Masukkan asam gelugur, daun kari dan kiub pati ayam.
  7. Masak sehingga ayam empuk. Tambahkan air dan kicap.
  8. Padankan rasa dengan serbuk perasa. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Eiyjarn Aziean Angah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Ayam Masak Palembang Berkari

Resepi ini enak dimakan dengan nasi impit, ketupat, lemang dan nasi putih.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 2 kotak kecil santan
  • 8 batang serai (diketuk)
  • 6 tangkai daun kari
  • 6 biji bawang besar*
  • 1 labu bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 genggam cili kering (direbus dan dikisar)
  • Asam jawa
  • Kicap
  • Garam dan gula

Cara buat ayam masak palembang

  1. Goreng ayam separuh masak.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak, masukkan serai dan daun kari.
  4. Tumis bahan kisar dan cili boh sehingga pecah minyak. Ulang tambah air sehingga 5 kali pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan kacau.
  6. Tambahkan santan dan air.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan asam jawa.
  8. Tuang kicap sehingga kuah menjadi gelap.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga santan masak. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Nur Amalina Bahtiar dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ayam Masak Palembang Ala Hotel

Resepi ini diambil dari seorang bekas chef hotel.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam*
  • 2 biji bawang besar*
  • 5 biji bawang putih*
  • 3 batang serai*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 ini halia*
  • Cili kering
  • 2 batang kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 cawan minyak masak
  • Gula, serbuk perasa dan garam

Cara buat ayam masak palembang

  1. Kisar cili kering dan ketepikan.
  2. Kemudian, kisar bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan rempah 3 sekawan sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan kicap, garam dan gula. Agak-agak kering, masukkan air sedikit.
  6. Kacau sekata dan masukkan santan.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan daun kari.
  8. Masak sehingga ayam masak dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nor Azira Zulkufli dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Ayam Masak Palembang Simple

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang besar*
  • 5-6 ulas bawang putih*
  • 1 ibu jari halia*
  • Serbuk kunyit
  • 2-3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 senduk cili kisar
  • 2 keping besar asam gelugur
  • 100ml santan
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis

Cara buat ayam palembang

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, goreng hingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan daun kari. Tumis sebentar.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan asam keping.
  6. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  7. Tambahkan santan dan biarkan mendidih. Jika terlalu kering, tambahkan air.
  8. Perasakan dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Matun Ithnin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Jadi, tidaklah susah nak buat hidangan ini kan. Ikut sahaja resepi yang kami kongsikan ini. Kalau tiada ketupat atau lemang pun, boleh makan dengan nasi panas.

Selain itu, jom tengok resepi ayam percik simpleresepi ayam masak kicap dan resepi kari ayam ini. Senang dan mudah sahaja.

Selamat mencuba!

Leave a Comment