3 Resepi Kari Ayam (Sedap & Simple, Tanpa Santan)

Sebut sahaja kari ayam siapa sahaja tidak suka? Lauk simple yang boleh makan dengan macam-macam makanan seperti roti kosong, roti canai, roti jala, nasi dan lain-lain. Kalau makan dengan nasi panas dengan sambal belacan, memang mantap. Kali ini kami kongsikan resepi mudah kari ayam kegemaran ramai!

Jom kita try!

1. Resepi Kari Ayam Pekat Likat

Bahan-bahan

  • seekor ayam dipotong-potong kecil (cepat masak & lebih terasa)

Bahan menumis

  • bawang besar sebiji
  • daun kari setangkai dua
  • bawang putih 4 ulas
  •  halia
  •  serbuk kari
  • cili kisar

Bahan kemudian

  • serai
  • tomato
  • air
  • serbuk kari
  • Kari Ayam/Daging Baba’s : 250g  (Optional jika mahu yang pedas)
  • Serbuk Kari Masak Merah Cap O 25g
  • dua rempah ini dicampur dan ditambahkan air untuk di jadikan pes
  • adun sampai sebati cuma jangan sampai rata

Cara buat Kari Ayam Pekat Likat

  1. Gaul manja ayam dengan sedikit serbuk rempah kari
  2. Panaskan minyak masak sekadar separuh ketinggian potongan ayam
  3. Goreng sekejap ayam yang diperap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah. Jangan lama sangat nanti air ayam kering
  4. Minyak goreng tadi digunakan untuk tumis bahan menumis sampai kekuningan
  5. Masukkan 1 sudu cili kisar
  6. Masukkan pes serbuk kari kacukan mamak yang dijadikan pes tadi. Proses tumis dari masukkan bawang sampai masukkan pes kari ini, api kena besar
  7. Apabila bunyi desiran pes kari ini mulai hilang, boleh perlahankan sedikit api untuk rempah pecah minyak
  8. Selepas pecah minyak sikit, masukkan ayam yang digoreng tadi
  9. Tambahkan air sehingga ayam tenggelam sudah memadai
  10. Masukkan tomato, serai, dan kentang (rebus dahulu) dan biarkan masak dalam api sederhana besar
  11. Aduk aduk bila perlu. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula

Tips:

  • Goreng ayam sekejap dalam ¾ masak supaya dapat mengelakkan rempah kari kurang meresap bila dimasukkan dalam kuah nanti
  • Bahagian isi ayam tidak mengembang dan tawar kalau masak lama lama
  • Untuk memudahkan pecah minyak adalah gunakan minyak yang banyak

Sumber: Khabbab Jamalludin dari Masak Apa Harini 

 

2. Resepi Kari Ayam Bangladesh

Bahan-bahan

  • Ayam dicuci bersih
  • Ubi kentang
  • Sebiji bawang besar, 6 ulas bawang putih, 2cm halia – dikisar
  • Separuh bawang holland – hiris
  • Tomato potong empat
  • 2sb yogurt asli
  • 1sb serbuk cili
  • 1/2sb serbuk jintan manis
  • 1/2sb serbuk ketumbar
  • 1/2sb serbuk kunyit
  • 4-5 biji buah pelaga
  • 4-5 biji bunga cengkih
  • 1-2 biji bunga lawang
  • 1-2 batang kulit kayu manis
  • 5-7 biji cili api
  • Sehelai daun bay
  • Garam secukupnya
  • 1 senduk nasi minyak masak
  • 1 cawan air

Cara buat Kari Ayam Bangladesh

  1. Kalau guna pressure cooker: Gaul kesemua bahan dalam satu pot. Set masa 25 min
  2. Kalau guna pot biasa, guna api perlahan. Tutup pot sepanjang masak. Kalau air kering, tambah air. Biarkan sampai ayam masak dan kuah pekat

Sumber: MrsMoon MJ dari Masak Apa Harini

 

3. Resepi Kari Ayam Kampung Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • seekor ayam kampung di basuh bersih dengan air asam jawa dan tepung gandum

Bahan tumis (dihiris):

  • 5 ulas bawang merah bombay
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara buat Kari Ayam Tanpa Santan

  1. Masukkan 1/2 cawan minyak masak
  2. Tumis bahan di atas sampai naik bau
  3. Tambahkan 2 paket rempah kari Babas (guna rempah warna kuning untuk ikan untuk rasa sedap dan kurang pedas, namun terpulang pada pilihan masing-masing)
  4. Tambah air sikit dan daun kari biar naik minyak
  5. Tambahkan 1/2 sk lada sulah
  6. Masukkan ayam kampung tadi dan kentang belah 4
  7. Tambah air 2 cawan dan tutup biar empuk
  8. Buka untuk tambah tomato dan garam serta perasa.
    kalau nampak kuah kurang boleh tambah air sedikit lagi
  9. 2 sb asam jawa. Bancuh dengan air dan tuang dalam gulai
  10. Biarkan didih sedikit dan siap

Sumber: Azlina Ina Fans

 

Akhir kata

Memang mudah kan resepi kari ayam ni. Kali pertama buat pun boleh jadi, bahan pun senang dapat.

Jika anda inginkan resepi ayam yang lain, boleh cuba ayam masak kicap.

Selamat menjamu selera!

Leave a Comment