4 Resepi Rasam (Berkhasiat, Boleh Melegakan Selsema Dan Sakit Tekak)

Rasam merupakan antara makanan berkhasiat dari masyarakat India. Rasam ini dikatakan boleh membantu melegakan sakit tekak, batuk dan selsema. Resepi rasam ini juga sangat mudah dan senang. Rasam enak dimakan bersama nasi panas, ikan goreng dan ikan masin. Rasanya cukup lengkap dengan masam dan berempah.

Jom tengok resepi rasam yang kami kongsikan ini.

1. Resepi Rasam

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar biji lada hitam
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu kecil biji lada
  • 10 ulas bawang kecil merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 genggam asam jawa
  • 5 biji tomato kecil / 2 biji tomato besar
  • Garam
  • 3 tangkai cili kering
  • Daun pudina
  • Daun kari
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara buat rasam

  1. Sangai biji ketumbar, lada hitam, jintan putih dan biji lada.
  2. Selepas disangai, tumbuk semua bahan sangai.
  3. Campurkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumbuk lagi.
  4. Campurkan air pada asam jawa untuk dijadikan pes.
  5. Potong tomato dan masukkan ke dalam air asam jawa.
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
  7. Masukkan cili kering dan tumis lagi.
  8. Masukkan daun kari dan campurkan air asam jawa tadi.
  9. Tambahkan air dan serbuk kunyit.
  10. Perasakan dengan garam dan masukkan daun pudina.
  11. Masak seketika sehingga daun layu dan sedia dihidang.

Sumber: Rani Genga dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Rasam Telur

Bahan-bahan

  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3-4 tangkai cili kering
  • 2 tangkai daun kari
  • Air asam jawa
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara buat rasam

  1. Tumbuk halus jintan putih dan jintan manis.
  2. Tumbuk kasar bawang putih dan bawang merah.
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bawang kecil, bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sebentar.
  5. Masukkan air asam jawa dan air kosong secukupnya.
  6. Pecahkan telur. Perasakan mengikut citarasa.
  7. Bila sudah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Ida Joe dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Rasam Mudah

Bahan-bahan

  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh rempah biji
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Telur
  • Cili kering (dipotong kasar)
  • Air asam jawa
  • Buah tomato
  • Biji sawi
  • Daun kari
  • Garam
  • Minyak masak untuk menumis

Cara buat rasam

  1. Tumbuk halus jintan manis, jintan putih, rempah biji, lada hitam, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  3. Masukkan daun kari dan cili kering, gaul sekejap.
  4. Tambahkan air asam jawa dan didihkan.
  5. Masukkan telur dan perlahankan api.
  6. Kemudian, masukkan tomato, biji sawi dan garam.
  7. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda dan siap.

Sumber: Eliza Amin Kolam dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Rasam Padu

Bahan-bahan

  • 10 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 genggam asam jawa (campur air)
  • 1 sudu teh halba
  • 1 biji bawang merah besar
  • 4-5 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cubit serbuk inggu

Cara buat rasam

  1. Tumbuk kasar bawang putih, tomato pula didadu.
  2. Kisar jintan manis, jintan putih, biji ketumbar dan lada hitam.
  3. Campurkan bahan di atas bersama air asam jawa. Tambahkan air menjadi 800ml.
  4. Picitkan tomato dengan tangan. Asingkan.
  5. Panaskan minyak dan tumis halba campur, bawang merah dan cili kering.
  6. Masukkan serbuk kunyit, serbuk inggu dan campurkan bahan-bahan tadi.
  7. Tutup api sebaik sahaja kuah mula mendidih. Jangan biarkan mendidih kerana rasam akan jadi pahit.

Sumber: Selvakumar Arunasalam dari Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan, ala-ala sup resepinya. Bahan-bahannya juga memang bahan yang biasa ada di dalam dapur kita. Semoga dengan perkongsian resepi rasam ini dari kami, anda boleh membuat sendiri di rumah.

Selain itu, kami juga ada resepi sup telur dan sup ketam untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment