4 Resepi Kek Butterscotch (Sedap Semuanya, Boleh Dijual)


Anda mencari resepi kek butterscotch? Di sini terdapat beberapa resepi untuk anda cuba. Kek ini agak mahal dijual, boleh anda cuba untuk jual juga. Kalau nak makan sendiri pun boleh.

Jom tengok resepinya.

1. Resepi Kek Butterscotch Pecan

Bahan-bahan kek span

  • 130g tepung kek
  • 125g gula kastor
  • 15g ovalette
  • 5 biji telur gred B
  • 40g air
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 70g minyak masak / mentega cair

Bahan-bahan sos butterscotch

  • 120g gula perang
  • 120g mentega
  • 120g sirap glukos
  • 180g UHT whipping cream
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan lain

  • 150g kacang pecan (bakar
  • 500g non-dairy whipping cream

Cara buat kek butterscotch

  1. Untuk buat kek span, satukan ovalette dan gaul rata. Masukkan tepung, serbuk penaik dan telur yang telah diayak.
  2. Pukul hingga kembang putih berkrim.
  3. Satukan air dan esen vanila, tuangkan ke dalam adunan.
  4. Pukul rata hingga pekat dan gebu.
  5. Masukkan minyak sedikit-sedikit, kacau dengan senduk hingga sebati. Bakar pada suhu 180°c selama 40 minit.
  6. Untuk buat sos, dalam periuk satukan gula, mentega, sirap dan garam.
  7. Masak atas api sederhana. Kacau selalu supaya tidak hangus.
  8. Masak sehingga semua bahan cair dan biarkan mendidih selama 2 minit.
  9. Angkat dari api dan tuang whipping cream, kacau sebati.
  10. Masak semula sehingga pekat.
  11. Bakar kacang pada suhu 150°c selama 10-15 minit. Cincang kasar kacang.
  12. Putar whipping cream sehingga kental.
  13. Potong kek kepada 3 lapisan.
  14. Lapisan pertama, tuang sos butterscotch dan ratakan. Ratakan whipping cream ke atas kek dan tabur kacang.
  15. Ulang semula untuk lapisan kedua. Letakkan lapisan ketiga dan tabur kacang.
  16. Tutup seluruh kek dengan whipping cream.
  17. Ratakan kacang di bahagian tepi kek.
  18. Tuang sos butterscotch dan tabur kacang pecan.

Sumber: Shen Zam dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kek Butterscotch Honey Roasted Almond

Bahan-bahan kek span

  • 75g tepung kek*
  • 60g gula*
  • 2 biji telur*
  • 1 sudu kecil ovalette*
  • 1/4 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil esen vanila*
  • 35ml air*
  • 35ml minyak jagung
  • Sedikit garam

Bahan-bahan sos butterscotch

  • 100g gula kastor
  • 20g mentega (unsalted)
  • 1 cawan whipping cream
  • Sedikit air
  • Sedikit garam

Bahan-bahan lain

  • 1 cawan non-dairy whipping cream

Cara buat kek span

  1. Campurkan kesemua bahan bertanda * di dalam bekas dan pukul sehingga gebu/kembang. Matikan mixer.
  2. Masukkan minyak jagung dan garam. Kacau rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dilapik baking paper.
  4. Bakar pada suhu 150°c selama 20 minit guna api atas bawah.
  5. Keluarkan kek dari loyang dan biarkan sejuk.

Cara buat sos Butterscotch

  1. Campurkan gula dan air ke dalam periuk. Masak sehingga perang.
  2. Masukkan mentega dan kacau sebati. Pastikan api perlahan.
  3. Masukkan whipping cream dan kacau sebati. Tutup api.

Cara buat kek butterscotch

  1. Pukul whipping cream sehingga kental.
  2. Campurkan sedikit sos ke dalam whipped cream dan kacau rata.
  3. Paipkan whipped cream ke atas kek dan ratakan. Potong kek kepada beberapa bahagian.
  4. Paipkan whipped cream ke atas setiap bahagian kek.
  5. Tuangkan sos ke atas kek dan taburkan kekacang.

Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kek Butterscotch Walnut

Bahan-bahan Walnut Brittle

  • 1 1/2 cawan walnut
  • 1 cawan gula kastor

Cara buat Walnut Brittle

  1. Panggang kacang sehingga rangup.
  2. Panaskan gula dalam periuk dengan api kecil.
  3. Setelah gula cair dan perang, masukkan walnut, gaul rata dengan gula.
  4. Padamkan api dan sejukkan di atas dulang.
  5. Cincang kasar walnut dan ketepikan.

Bahan-bahan sos butterscotch

  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 2 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1/4 cawan mentega

Cara buat sos butterscotch

  1. Masak gula kastor dan gula perang atas api perlahan sehingga cair dan perang.
  2. Masukkan whipping cream perlahan-lahan secara berhati-hati.
  3. Kacau perlahan sehingga gula cair dalam krim.
  4. Masukkan susu segar dan kacau rata.
  5. Masukkan mentega dan kacau rata sehingga pekat.
  6. Tutup api dan tapis ke dalam bekas. Sejukkan.

Bahan-bahan kek span

  • 150g gula kastor
  • 150g tepung kek / superfine (diayak)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh baking powder
  • 80ml susu segar
  • 80ml minyak jagung
  • 1 sudu besar butterscotch emulco
  • 1 sudu teh pewarna coklat (optional)

Cara buat kek span

  1. Panaskan oven pada suhu 150°c bergantung pada oven masing-masing.
  2. Gris bahagian bawah loyang 8 inci dan alas dengan baking paper.
  3. Putar semua bahan kecuali minyak jagung dan emulco sehingga gebu dan pekat.
  4. Gaul secara kaup balik minyak, emulco dan pewarna.
  5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-50 minit. Boleh juga bahagikan terus adunan kepada 3 bahagian dan bakar selama 25 minit. Sejukkan.

Bahan-bahan frosting

  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan non-dairy whipped cream

Cara buat frosting

  1. Keluarkan cheese selama 15 minit sebelum putar.
  2. Putar cheese sehingga berkrim. Masukkan susu pekat dan pukul sebati.
  3. Dalam bekas lain, pukul whipped cream sehingga kental dan bertanduk.
  4. Masukkan cheese ke dalam cream dan kaup rata dengan spatula.

Cara buat kek butterscotch

  1. Bahagikan kek kepada 3 lapisan.
  2. Pada lapisan pertama, tuang 3 sudu besar sos butterscotch dan ratakan.
  3. Sapukan frosting pada lapisan kira-kira setengah inci tebal.
  4. Taburkan walnut brittle ke atas cheese tadi dan letakkan lapisan kedua. Ulang proses tadi sehingga lapisan ketiga.
  5. Sapu rata kek dengan baki frosting sehingga habis.
  6. Simpan kek minimum 2 jam supaya frosting melekat sebelum dicurah baki sos.

Sumber: Aleesya Cakes dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Kek Butterscotch Crunchy Walnut

Bahan-bahan kek

  • 250g sponge cake mix
  • 4 biji telur
  • 50ml air
  • 50ml minyak jagung
  • Esen vanila

Cara buat kek

  1. Satukan semua bahan dan pukul hingga pekat dan gebu.
  2. Masukkan esen vanila dan tuang ke dalam loyang 9 inci yang telah dilapik kertas minyak.
  3. Bakar pada suhu 170°c selama 40 minit.
  4. Bila dah masak, terbalikkan kek di atas jaring.

Bahan-bahan sos

  • 1 cawan gula perang
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan whipping cream

Cara buat sos

  1. Masak gula sentiasa perang, kacau sentiasa.
  2. Apabila gula sudah perang, masukkan whipping cream dan kacau sehingga larut.
  3. Masukkan mentega dan tutup api biarkan sejuk.

Bahan-bahan cream cheese

  • 350g cream cheese
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 50g butterscotch

Cara buat cream cheese

  1. Satukan cream cheese dan susu pekat. Pukul hingga gebu.
  2. Tuangkan butterscotch dan ketepikan.
  3. Pukul fresh cream sehingga bertanduk dan satukan adunan tadi.
  4. Kaup adunan dan simpan sekejap di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan caramel walnut

  • 200g walnut
  • 80g gula perang
  • 2 sudu besar madu

Cara buat caramel walnut

  1. Panggang walnut terlebih dahulu pada suhu 150°c selama 15 minit.
  2. Masukkan gula perang ke dalam periuk dan masak sehingga keperangan.
  3. Masukkan madu dan kacau hingga cair dan licin.
  4. Kemudian, masukkan kacang yang telah dipanggang. Gaul rata dengan segera.
  5. Tuangkan di atas loyang yang dialas baking paper. Biarkan ia sejuk dan mengeras.
  6. Cincang kasar dengan pisau.

Cara buat kek butterscotch

  1. Bahagikan kek kepada 3 lapisan.
  2. Tuangkan sedikit sos butterscotch dan taburkan kacang yang telah dicincang.
  3. Sapukan krim dan lapiskan dengan kek, ulang hingga siap tiga lapisan.
  4. Salutkan krim ke seluruh kek dan sejukkan. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Cik Dayang Zuhaila dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian, perkongsian resepi kek butterscotch dari kami. Agak rumit cara penyediaannya namun hasil yang diberi memang memuaskan. Buat sendiri, lagi jimat.

Kalau anda nak cuba buat kek yang senang, boleh cuba resepi kek mentega dan kek marble ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment