4 Resepi Nasi Hujan Panas (Cantik Rupanya, Sedap Rasanya)

Ramai yang menganggap nasi hujan panas ini seperti nasi minyak, namun sebenarnya nasi ini lain dari segi warna dan rupa, tidaklah sama. Nasi hujan panas ini juga sedap dimakan bersama ayam merah, daging kurma dan lauk kenduri yang lain.

Susah ke nak buat hidangan ini? Di sini kami kongsikan resepi nasi hujan panas untuk anda.

Jom tengok.

1. Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan

  • 4 1/2 pot beras Basmathi (rendam selama 30 minit, bilas dan toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 sekawan
  • 3 helai daun pandan
  • 3 sudu besar minyak sapi (2 sudu besar ghee + 1 sudu besar marjerin)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 pot full cream milk / susu cair
  • 2 1/2 pot air
  • Pewarna merah, kuning dan hijau
  • Garam dan perasa

Cara buat nasi hujan panas

  1. Hiris nipis bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak sapi, tumiskan 4 sekawan.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan daun pandan, kiub pati ayam, beras, susu dan air.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  6. Masak nasi sehingga hampir kering, tutup penutup dan tunggu nasi masak.
  7. Setelah nasi masak dan kering, titiskan pewarna.
  8. Kacau nasi sehingga betul-betul kering dan sedia untuk dihidang.

Tips bagi nasi cantik:

  1. Titis pewarna hingga nasi betul-betul kering. Kalau nasi tak kering, warna akan bercampur.
  2. Gunakan sudu yang berlainan bagi mengelakkan percampuran warna.
  3. Semasa titiskan pewarna, pastikan jarak-jarak setiap warna.
  4. Tunggu seketika setelah pewarna dititiskan baru kacau nasi.

Sumber: Khairul Hasrol dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Hujan Panas Simple

Bahan-bahan

  • Beras
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 4 sekawan
  • Kiub pati ayam
  • Marjerin / minyak sapi / mentega
  • Minyak masak sedikit
  • Serai
  • Daun pandan
  • Pewarna

Cara buat nasi hujan panas

  1. Rendam beras selama 30 minit dan toskan.
  2. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak dan mentega, tumis bahan hirisan dan 4 sekawan.
  4. Masukkan serai dan daun pandan, tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan air, masak seperti biasa.
  6. Tunggu sehingga nasi kering dan letakkan pewarna.
  7. Apabila nasi dah masak betul dan kering betul, baru kacaukan nasi bersama pewarna.

Sumber: Emilia Azrina dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras Basmathi (cuci bersih, toskan)
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Rempah 4 sekawan
  • Minyak
  • Mentega
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Garam dan perasa
  • Hirisan daun bawang dan daun goreng

Cara buat nasi hujan panas

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan mentega, air ikut sukatan beras.
  4. Kemudian, masukkan beras dan susu cair. Gaul sebati.
  5. Biarkan nasi masak macam biasa.
  6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna.
  7. Tutup semula periuk dan tunggu sehingga nasi betul-betul masak.
  8. Apabila nasi sudah masak, gemburkan dan tabur daun bawang dan bawang goreng.

Sumber: Muhammad Azhari dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras Pusa Jasmin (rendam dalam 30 minit, cuci dan tos)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu mentega
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Bawang goreng
  • Garam
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 10g badam
  • 10g kismis
  • 10g gajus
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)

Cara buat nasi hujan panas

  1. Goreng tanpa minyak badam, kismis dan gajus.
  2. Panaskan minyak sapi dan mentega. Tumis 4 sekawan dan daun pandan hingga wangi.
  3. Masukkan bahan hirisan dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan beras dan bahan goreng. Gaul rata.
  5. Tambahkan susu cair, air dan garam. Kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
  6. Tutup periuk dan tunggu nasi masak.
  7. Apabila nasi sudah masak, titiskan pewarna dan gaul nasi.

Sumber: Amelia Tamby Hussin dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi nasi hujan panas dari kami. Resepinya lebih kurang sama dengan resepi nasi minyak, namun memberi hasil yang lain.

Kami ada kongsikan resepi nasi briyani untuk anda cuba. Selain itu, resepi nasi tomato, nasi ayam dan nasi Arab juga ada.

Selamat mencuba!

Leave a Comment