3 Resepi Nasi Tomato Simple (Cara Sukatan Cawan & Susu Cair)

Resepi nasi tomato adalah antara masakan popular semasa bulan Ramadan yang sedap kalau digandingkan dengan ayam masak merah. Kalau rindukan rasa makanan ini, kami ada kongsikan beberapa resepi nasi tomato untuk anda. Banyak pilihan, ikut selera anda!

Jom kita tengok.

1. Resepi Nasi Tomato Mudah dan Sedap

Bahan-bahan nasi tomato

  • Minyak masak
  • 2 sudu minyak sapi
  • 1 sudu mentega
  • Rempah 4 sekawan
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 tin kecil puri tomato
  • Garam
  • Gula
  • 1 cawan susu cair (sukat guna cawan beras)
  • Tomato
  • Kismis
  • 7 cawan beras basmathi

Nota: Kalau nak masak nasi tomato tanpa susu cair, tidak perlu gunakan susu cair

 

Cara buat nasi tomato

  1. Rebus beras sehingga 80% masak.
  2. Hiris nipis bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan periuk, masukkan minyak masak, miyak sapi, mentega dan 4 sekawan. Goreng sehingga naik bau. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng sehingga kekuningan.
  5. Masukkan puri tomato, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan susu cair.
  6. Setelah mendidih, masukkan tomato yang telah dipotong dan kismis. Masukkan beras yang sudah direbus tadi.
  7. Letakkan bawang goreng dan minyak yang telah dimasak tadi.
  8. Biarkan selama 5-10 minit dengan api yang kecil. Gaul rata dan tutup api.
  9. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Razzi Hajemi dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan nasi tomato

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 biji bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis
  • 3 inci halia
  • 4 sudu besar puri tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1/2 tin susu cair
  • Cili kisar
  • 2 sudu minyak sapi
  • Daun pandan
  • 4 pot beras

 

Cara buat nasi tomato

  1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang dan kayu manis dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan puri tomato, kemudian susu cair.
  3. Taburkan sedikit garam.
  4. Masukkan beras yang telah dibasuh, kemudian air sebanyak 4 pot beras.
  5. Tutup api selama 15 minit. Kemudian gemburkan nasi dan tutup kembali penutup. Tunggu nasi kering sepenuhnya (pastikan api kecil).
  6. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Nurul Jannah Nazri dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Tomato Kukus

Bahan-bahan nasi tomato

  • 3 cawan beras biasa (basuh dan tos) @ basmathi (rendam 30 minit, basuh dan tos)
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu makan minyak sapi @ marjerin
  • 4 sekawan
  • 1/2 tin puri tomato
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 tin susu cair
  • Garam

 

Cara buat nasi tomato kukus

  1. Sediakan pengukus dan beras.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan 4 sekawan sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan-bahan lain kecuali beras, dan tunggu sehingga mendidih.
  5. Masukkan beras ke dalam pengukus dan gaul. Kukus selama 15 minit.
  6. Buka penutup dan gemburkan nasi, sambung kukus sehingga nasi masak.

Sumber: Zadariah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata 

Nasi tomato memang enak jika digandingkan bersama ayam masak merah.

Diharapkan agar perkongsian resepi nasi tomato dengan ayam masak merah ini akan memudahkan lagi urusan anda di dapur.

Resepi-resepi lain seperti resepi nasi ayam, nasi Arab dan nasi lemak juga ada.

Selamat mencuba!

Leave a Comment