3 Resepi Chocojar (Cara Buat Choco Jar Cair, Leleh & Rangup)

Antara snek yang menjadi pilihan rakyat Malaysia semestinya Chocojar. Sekarang, sudah ramai yang menjual Chocojar. Budak-budak pun suka sebab coklatnya nampak leleh dan sentiasa cair dalam mulut. Yang lebih menarik apabila bunyinya yang ‘krup krap krup krap’ bila dikunyah. Jadi, pada hari ini kami mahu kongsikan beberapa resepi Chocojar untuk anda cuba buat sendiri di rumah.

Jom kita tengok.

1. Resepi Chocojar Mudah

Resepi Chocojar Rangup

Bahan-bahan

  • 1kg milk chocolate coin Beryl’s
  • Coklat Cadbury (perisa pilihan)
  • 250g – 300g minyak Canola
  • 500g bubble rice
  • 500g mini coco crunch

 

Cara buat Chocojar

  1. Double boil coklat coin, coklat dan minyak canola (jika nak cair boleh lebihkan minyak, nak pekat kurangkan minyak).
  2. Sangai bubble rice dan mini coco crunch dalam api perlahan selama 5-10 minit.
  3. Biarkan semua sejuk, boleh dicampurkan dan gaul sekata.

Tips: 

  1. Pakai minyak canola untuk mengelakkan rasa muak.
  2. Tunggu semua bahan sejuk baru gaul untuk mengelakkan lemau.
  3. Tambah coklat Cadbury untuk lagi sedap.

Sumber: Effa Samat di Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Chocojar / Chocorice / Bubble Rice Melting

Resepi Chocojar Bubble Rice Melting

Bahan-bahan

  • 250 g milk chocolate compound (coins/block)
  • 50g minyak masak/ minyak jagung
  • Bubble rice

 

Cara buat Chocojar

  1. Sangai bubble rice terlebih dahulu (api perlahan).
  2. Semasa sangai, ambil satu untuk rasa sama ada sudah rangup atau tidak. Jika sudah rangup boleh tutup api.
  3. Biarkan suam-suam sejuk, baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.
  4. Panaskan air ke dalam periuk untuk kaedah double boil (api sederhana)
  5. Masukkan milk chocolate compound, kacau sehingga cair dan jangan tinggal.
  6. Masukkan minyak masak perlahan-lahan.
  7. Selepas sebati, boleh tutup api.
  8. Biarkan coklat suam-suam sejuk, baru tuang ke atas bubble rice.
  9. Boleh hias dengan topping pilihan.

Tips:

  1. Kalau tak suka manis, boleh tukarkan kepada 100gm dark compound dan 150g milk compound.
  2. Elakkan menggunakan puffed rice.
  3. Jangan gunakan coklat masakan.
  4. Tunggu sehingga sejuk, baru tutup bekas dan pastikan menggunakan bekas kedap udara.
  5. Tidak perlu letak di dalam peti ais.
  6. Jangan campur apa-apa bahan yang dikategorikan air kerana bubble rice akan cepat lemau dan coklat akan rosak.

Sumber: Eka Azzahra dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Choco Jar Kurang Manis

Resepi Choco Jar Sedap

Bahan-bahan

  • 300gm dark compound coklat Beryl’s
  • 50g milk compound coklat Beryl’s
  • 1 paket mini coco crunch
  • 1/2 cawan minyak masak

 

Cara buat Choco Jar

  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil.
  2. Apabila coklat sudah cair dan sebati, masukkan minyak dan kacau.
  3. Boleh tuangkan adunan Chocojar ke dalam bekas berisi mini coco crunch. Siap.

Sumber: Merysona Edyson dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja buat Chocojar ni rupa-rupanya, kaedah yang sama, bahan pun lebih kurang. Anda boleh ikut panduan resepi di atas mengikut citarasa anda sendiri. Mahu ubah kandungan dan bahan-bahan pun boleh.

Bagi anda yang suka manis-manis, boleh cuba congo bar ataupun tart nenas yang juga cair dimulut. Sangat sesuai untuk juadah hari raya.

Selamat mencuba!

3 thoughts on “3 Resepi Chocojar (Cara Buat Choco Jar Cair, Leleh & Rangup)”

  1. nape bila sy buat guna mnyak, lpas bberapa hari, mnyak jd trapung dlm btol coklat.. nmpk lapisan mnyk byk dlm btol chocojar tu..sy ikut sukatan 2kg coklat beryls, 500g mnyak.. sy pnah kurangkn mnyk, lpas bbrapa hari coklat jd pekat bwah btol… x cair.. sis ada tip tak? sy bru nk bjinak bisnes ni

    Reply

Leave a Comment