4 Resepi Gochujang (Pes Dan Masakan, Mudah Sahaja)

Cochujang merupakan pes masakan yang penting dalam hidangan Korea. Pes ini ala-ala cili boh kita, yang banyak digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Mempunyai rasa yang lengkap, gochujang ini boleh digunakan untuk taebokki, stew kimchi atau kimchi jigae. Pes ini agak unik kerana dibuat dengan menggunakan campuran tepung pulut dan bahan lain.

Jom tengok resepi gochujang yang mudah sahaja.

1. Resepi Gochujang Homemade Pes

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3 1/2 cawan air biasa
  • 2 cawan kochugaru / serbuk cili (sy guna cap Motocar + Kochugaru)
  • 1/3 cawan gula perang
  • 1/2 cawan garam laut / bukit
  • 1 cawan madu

Cara buat gochujang

  1. Campurkan tepung pulut dan air biasa. Gaul sebati menggunakan whisk sehingga tiada ketulan.
  2. Masak dan sentiasa kacau sehingga pekat atas api sederhana.
  3. Campurkan bahan-bahan lain dan kacau sekata.
  4. Masak selama lebih 30 minit sehingga hilang bau serbuk cili.
  5. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas dan tahan sehingga 6 bulan.

Sumber: Atikah Yusof dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Gochujang Pedas

Resepi ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Buat banyak pun boleh. Lebih lama simpan, lebih sedap!

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar tepung pulut
  • 1 sudu besar taucu masin (lenyek dan jadikan pes)
  • 2 paket kecil serbuk cili
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar madu
  • Air

Cara buat gochujang

  1. Bancuh tepung pulut bersama air dan masak di atas periuk sehingga menjadi bubur. Padamkan api.
  2. Semasa bubur masih panas, masukkan serbuk cili dan gaul sebati.
  3. Masukkan pes taucu, kicap pekat, kicap cair dan madu.
  4. Gaul sebati sehingga likat.
  5. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia digunakan.

Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Gochujang Stevia

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air
  • 5 sudu besar taucu + 5 sudu besar air (dikisar bersama)
  • 1/2 – 1 sudu teh minyak bijan
  • 6-7 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 sudu besar madu
  • 5 titik stevia
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garam

Cara buat gochujang

  1. Masak tepung pulut dengan air sehingga likat, kacau sebati.
  2. Masukkan taucu yang sudah dikisar, kacau rata.
  3. Masukkan serbuk cili dan kacau lagi.
  4. Tuangkan minyak bijan dan kacau.
  5. Masukkan madu dan kacau lagi.
  6. Tambahkan kicap dan kacau sebati.
  7. Sejukkan dan siap.

Sumber: Leen Rijal dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Gochujang Seafood

Resepi ini boleh dimakan bersama nasi putih. Boleh juga digunakan untuk perencah nasi goreng, panggang, sup atau ayam goreng Korea.

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang
  • 1 ekor sotong
  • 2 biji cendawan enoki
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)
  • Daun bawang

Bahan-bahan sos

  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6 sudu besar sos gochujang
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • Garam
  • Sos nampla (optional)
  • Kicap cair (optional)

Cara buat gochujang

  1. Gaulkan semua bahan sos menjadi pes.
  2. Panaskan kuali, tumiskan bawang holland sehingga layu.
  3. Masukkan semua bahan dan sos.
  4. Kalau nak berkuah boleh masukkan air.
  5. Masak sehingga bahan-bahan masak. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Neeza Shafri dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Tak adalah susah pun kan nak buat pes ini, ikut sahaja resepi gochujang yang kami kongsikan ini. Selepas buat pes, boleh masak terus. Nak buat mukbang pun boleh.

Kalau anda nak buat masakan Western atau Chinese, ikut sahaja resepi yang kami kongsikan ini. Mudah-mudah belaka. Jemput tengok.

Leave a Comment