4 Resepi Bakwan (Sedap, Rangup & Berkhasiat)


Bakwan merupakan antara snek kegemaran di kalangan rakyat Indonesia. Kuih seperti cucur ini mempunyai rasa yang sedap dari udang atau ikan bilis dan turut mempunyai sayuran menjadikan hidangan ini hidangan yang berkhasiat. Resepi bakwan juga sebenarnya agak senang seperti cucur juga. Di sini kami kongsikan resepi bakwan untuk anda cuba.

Jom kita lihat.

1. Resepi Bakwan Rangup Bersama Pencicah

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu tepung beras*
  • 4 sudu tepung bestari pedas* (optional)
  • 1/2 cawan udang geragau kering*
  • 1 biji telur* (optional)
  • Sedikit garam*
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • 1 1/2 cawan lobak (disagat)
  • 1 1/2 cawan tauge
  • 1 1/2 cawan kobis (dihiris)
  • 5 tangkai daun kucai
  • 1 labu bawang besar (hiris kasar)

Cara buat bakwan

  1. Bancuh bahan bertanda * dengan air sejuk. Bancuhan jangan pekat dan jangan cair.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan goreng sehingga rangup.

Bahan-bahan sos pencicah

  • 2 biji lada merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 sudu gula pasir*
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu air panas

Cara buat sos pencicah

  1. Tumbuk bahan bertanda* sehingga lumat.
  2. Campurkan dengan sos cili dan air panas.

Sumber: Siti Khajar dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Bakwan Kangkung

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 5 sudu tepung beras
  • 2 labu bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1 genggam ikan bilis/ udang kering
  • 1 mangkuk tauge
  • 1 mangkuk kobis
  • 1 mangkuk kangkung
  • Daun bawang/ daun sup

Cara buat bakwan

  1. Hiris halus sayur.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, serbuk lada putih dan ikan bilis/ udang kering.
  3. Campurkan semua bahan dan masukkan air agak-agak jangan cair dan pekat.
  4. Goreng nipis, lebarkan dan masak sehingga kuning.

Sumber: Bunda Nadiah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Bakwan Indonesia

Bahan-bahan

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Lada putih* (sangai)
  • Biji ketumbar* (sangai)
  • Cukup rasa
  • Tepung gandum
  • Lobak
  • Kobis
  • Daun bawang
  • Tauge

Cara buat bakwan

  1. Tumbuk bahan bertanda *.
  2. Masukkan ke dalam tepung gandum. Campurkan telur, cukup rasa dan sayur. Tambahkan air bagi cair sedikit.
  3. Masukkan sayur dan goreng sehingga rangup.

Sumber: Fika Hamzah dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Bakwan Sedap

Bahan-bahan

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada halus
  • Udang kering / ikan bilis
  • Kiub ikan bilis
  • Kobis
  • Lobak
  • Udang

Cara buat bakwan

  1. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, lada halus dan udang kering / ikan bilis.
  2. Hiris halus sayur kobis dan lobak.
  3. Gaulkan kesemua bahan bersama tepung dan air sejuk.
  4. Tambahkan gula dan garam.
  5. Goreng bakwan sehingga garing.

Sumber: Ain Alieya dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi bakwan dari kami.

Boleh juga tengok resepi yang enak dan mudah di sini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment