4 Resepi Kacang Panjang Sedap (Tumis, Goreng, Masak Sambal)

Kebiasaannya, untuk kacang panjang kita akan masak bersama telur. Jemu juga jika selalu masak menu yang sama kan. Jadi kami ada kongsikan resepi kacang panjang yang sedap-sedap untuk anda. Pasti bertambah nasi jika buat menu yang kami kongsikan ini.

Jom tengok.

1. Resepi Kacang Panjang Tumis Dengan Tauhu

Resepi ini tidak menggunakan garam kerana sudah ada kiub pati ikan bilis.

Bahan-bahan

  • 12 batang kacang panjang panjang (potong kecil)
  • 2 keping tauhu (potong dadu & goreng)
  • 3 batang cili hidup merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 – 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

Cara buat kacang panjang tumis

  1. Tumbuk cili, bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  3. Masukkan kiub dan tumis sekali.
  4. Tuangkan sos tiram dan tambahkan air sedikit.
  5. Masukkan tauhu diikuti dengan kacang panjang.
  6. Kacau sebentar dan tutup api.

Sumber: Roslinda Razak dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kacang Panjang Goreng Pedas

Bahan-bahan

  • 1 ikat kacang panjang
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili kering / cili kisar
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula

Cara buat kacang panjang goreng pedas

  1. Potongkan kacang panjang anda lebih kurang seinci.
  2. Tumbuk atau kisar bawng besar dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak, tumis cili dan gula sedikit sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan bahan kisar tadi sehingga wangi.
  5. Tambahkan air asam jawa dan masak sehingga kering sedikit.
  6. Masukkan kacang panjang dan perasakan dengan garam.
  7. Masak sebentar dan boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Maa Nyior Kulit Hidup dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kacang Panjang Dengan Hati Ayam

Bahan-bahan

  • Kacang panjang
  • Hati ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili
  • Halia
  • Serbuk kari

Cara buat kacang panjang dengan hati ayam

  1. Bersihkan dan potong hati ayam dan kacang panjang.
  2. Gaulkan hati ayam dengan kunyit dan garam. Goreng sekadar masak sahaja. Toskan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih, cili dan halia sehingga wangi.
  4. Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air. Kacau rata.
  5. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan hati ayam tadi.
  6. Kacau lagi dan letakkan kacang panjang. Boleh letakkan air mengikut kesukaan anda.
  7. Tunggu kacang panjang masak dan boleh perasakan dengan garam dan gula. Siap.

Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Kacang Panjang Sotong Tumis Sambal Udang Kering

Bahan-bahan

  • 18 tangkai kacang panjang (dipotong)
  • 1 ekor sotong
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 batang cili merah (dipotong serong)
  • 1 1/2 sudu sambal udang kering
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan

Cara buat kacang panjang sotong tumis

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga garing.
  2. Masukkan bawang merah dan masak sehingga layu.
  3. Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
  5. Tambahkan cili merah, tomato dan sos tiram. Gaul rata.
  6. Masukkan kacang panjang, sambal udang kering diikuti dengan sos ikan.
  7. Gaul rata sehingga semua masak dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi kacang panjang dari kami. Sambil tengok respi pun dah kecur liur membayangkan sedapnya menu-menu ini nanti.

Jom tengok beberapa resepi masakan tengahari yang sedap dan mudah.

Selamat mencuba!

Leave a Comment