4 Resepi Ayam Kam Heong (Chinese Style, Tapi Pedas)

Jika anda suka makan di Restoran Masakan Cina, pasti akan terjumpa dengan menu ini. Resepi ayam kam heong ini merupakan hidangan yang seakan ayam masak kicap, tetapi lebih pedas dan berempah. Hidangan ini juga agak berkuah sedikit tetapi juga boleh dimasak agak kering.

Kami kongsikan resepi ayam kam heong mudah dan senang untuk anda.

1. Resepi Ayam Kam Heong Pedas

Resepi ini juga boleh ditukar menggunakan udang, ketam atau sotong.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar/holland (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 tangkai daun kari
  • 10 tangkai cili padi merah/hijau (dibelah dua)
  • 2 sudu makan rempah kari ayam (dibancuh)
  • 2-3 sudu sos tiram
  • 2-3 sudu sos cili
  • 2-3 sudu kicap manis
  • Garam dan gula

Cara buat ayam kam heong

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan ayam.
  6. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Ain Ariffin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Ayam Kam Heong

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil/sederhana)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Gula
  • Garam
  • 10 ulas bawang putih (didadu)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili api (dihiris kecil)
  • 2 sudu besar rempah kari daging (dibancuh pekat)
  • 3 tangkai daun kari

Cara buat ayam kam heong

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan separuh daun kari sehingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari dan cili api.
  4. Biarkan rempah tumis pecah minyak, masukkan sos tiram, gula, garam dan perasa.
  5. Tambahkan 3 sudu air.
  6. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan kacau sekejap.
  7. Masukkan lebihan daun kari tadi dan biar sebentar.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Maina Mohamad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ayam Kam Heong Mudah

Bahan-bahan

  • 500g ayam (dipotong sedang)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 sudu besar serbuk kari (dibancuh)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 tangkai cili merah (belah 2 atau 4)
  • 5 helai daun kari
  • Garam
  • Gula

Cara buat ayam kam heong

  1. Gaul ayam dengan garam dan tepung jagung. Goreng sehingga masak dan ketepikan. *jangan terlampau garing, nanti ayam keras
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari dan kacau sekejap.
  4. Tuangkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Boleh tambah air jika pekat.
  5. Masak sebentar dan taburkan garam.
  6. Masukkan ayam goreng, cili padi, cili merah dan daun kari.
  7. Tambahkan gula dan gaul lagi. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Norashikin Yusoff dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Ayam Kam Heong

Bahan-bahan

  • 1kg ayam
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Tepung jagung
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia
  • 4 tangkai cili kering
  • Cili padi
  • Daun kari
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 1/2 sudu belacan dan udang kering

Cara buat ayam kam heong

  1. Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap, serbuk kari, telur dan tepung jagung.
  2. Perap selama 2 jam dan goreng.
  3. Dadukan atau cincang bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan cili padi.
  4. Panaskan minyak, masukkan bahan cincang, belacan, udang kering dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan serai dan serbuk kari. Perlahankan api dan tunggu sehingga bahan masak.
  6. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan renjis sedikit sos tiram dan kicap.
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Taburkan cili padi, daun kari dan bawang putih sedikit.
  8. Masak sebentar dan tutupkan api.

Sumber: Kalaivani Krishnasamy dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Senang sahaja kan resepi ayam kam heong yang kami kongsikan ini bukan?

Jemput tengok resepi ayam yang lain seperti ayam masak palembang, ayam bakar madu dan ayam masak lemak cili api juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment